» » Kerajaan digesa kaji skim gaji pembantu tabika Kemas


Cuepacs hari ini , sekali lagi , menggesa kerajaan supaya menyemak semula skim gaji pembantu tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Presidennya Datuk Azih Muda berkata seramai 4,000 pembantu tabika Kemas buat masa ini menerima bayaran sebanyak RM400 sebulan, yang dilihat tidak lagi relevan dan membebankan kedudukan kewangan mereka.

"Gaji minimum sektor swasta sekarang juga sudah mencecah RM900. Jika kekal dengan bayaran RM400, bagaimana mereka mahu menampung kehidupan?. (Jumlah) ini sangat tidak relevan," kata beliau.

Bercakap pada sidang media di Kuala Terengganu, Azih berkata meskipun waktu bekerja pembantu tabika Kemas bermula jam 8 pagi hingga 3 petang, namun ada kalanya tugas mereka dilanjutkan.

"Cuepacs berharap supaya pembantu tabika Kemas ini menerima gaji sekurang-kurangnya gaji minimum RM900, sesuai dengan tugas dan keadaan ekonomi semasa," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .