» » 'Bicarakan sultan di Mahkamah Khas perlu dihapuskan jika hudud dilaksanakan'


Amalan membicarakan kerabat diraja atau sultan di mahkamah khas perlu dihapuskan jika hudud dikuatkuasakan di Kelantan, kerana sultan juga tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam itu, kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, adalah salah menubuhkan mahkamah berlainan bagi orang Islam berbeza kedudukan kerana undang-undang hudud diguna pakai terhadap semua hamba Allah.

"Hudud ialah undang-undang Ilahi. Jika dikuatkuasakan, ia perlu dikuatkuasakan kepada semua hamba Allah. Kita tidak harus mempunyai mahkamah berlainan bagi umat Islam yang berbeza kedudukan,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider melalui khidmat pesanan ringkas.

Ketika ini, sultan akan dihadapkan ke mahkamah khas. Tetapi undang-undang Islam tidak membezakan orang dengan cara ini.”

Ketua pegawai eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global dalam tulisan Facebook pada Ahad mempersoalkan sama ada undang-undang hudud di Arab Saudi, Brunei dan Kelantan juga diguna pakai terhadap kerabat diraja masing-masing.

Saifuddin kemudian menjawab soalan beliau dengan berkata di Malaysia, terdapat dua set mahkamah - satu untuk sultan, dan satu untuk rakyat biasa.

"Dalam undang-undang kini, Sultan boleh dihadapkan ke mahkamah khas, bukan mahkamah biasa yg rakyat dihadapkan.

"Hudud ialah undang-undang sempurna daripada Allah. Maka, Sultan dan rakyat sepatutnya dihadapkan ke mahkamah yang sama. Itu maksud soalan saya dalam status sebelum ini," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen dalam sidang semasa yang berakhir pada 9 April ini.

Jika diluluskan, ia akan membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasakan hudud di negeri itu.

Rang undang-undang adalah pindaan Akta Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang mengehadkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000, penjara 5 tahun dan enam sebatan.

Pindaan diperlukan dalam undang-undang ini untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .