Menteri Besar Selangor Azmin Ali menggesa kerajaan persekutuan meningkatkan garis kemiskinan kepada sekurang-kurangnya kepada RM1,500 sebulan.
Timbalan presiden PKR itu juga berkata, perkara itu harus dilakukan selaras dengan realiti semasa dalam landskap ekonomi hari ini.
Katanya lagi, kumpulan bawah garis kemiskinan akan bertambah sehingga 40 peratus jika Putrajaya menyemak semula perkara itu.
Kerajaan kini menetapkan golongan berpendapatan bawah RM900 sebagai miskin.
Beliau berkata demikian dalam sebuah forum berkaitan dalam sebuah forum di Shah Alam hari ini.
Sementara itu, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago berkata garis kemiskinan di Malaysia tidak realistik.
Katanya, gaji minimum pula hanya bersamaan dengan kos menyewa bilik di sesetengah kawasan.
No comments: