Khazanah adalah syarikat milik kerajaan yang menjadi pemegang saham terbesar dalam MAS.
"Pemimpin atasan Khazanah harus letak jawatan kerana gagal menyelasaikan masalah (pemberhentian) 6,000 pekerja MAS,” kata Pengerusi Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) Malaysia, Tan Sri Zainal Rampak.
Bercakap dalam sidang media bersama pagi ini, beliau berkata mereka itu akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beliau dapat campur tangan dalam menyelesaikan masalah itu, petang ini
Antara kesatuan sekerja yang menandatangai memorandum itu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Kongres Kesatuan Sekerja dalam syarikat GLC dan Penswastaan (GLC), Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) dan Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM).
No comments: