Dalam mesej tahun barunya hari ini, veteran Umno itu berkata, 2014 menjadi "tahun yang dahsyat" dan masa depan juga kelihatan tidak begitu bersinar.
Ini katanya ekoran politik perkauman dan agama yang semakin buruk.
"Berbanding negara-negara jiran, kita terbelakang beberapa tahun," kata anggota parlimen Gua Musang itu.
"Ketika memasuki tahun baru, kita diingatkan bagaimana kita telah jauh ketinggalan daripada matlamat asal dari segi ekonomi, politik dan pembangunan sosial oleh pemimpin kita enam dekad lalu."
Razaleigh juga menyenaraikan bencana yang berlaku tahun lepas, daripada tiga kali nahas udara sehingga kes tanah runtuh yang meragut nyawa di Cameron Highland.
Justeru, kata Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, 2014 tahun yang "sedih dan mengerikan untuk semua rakyat Malaysia"




No comments: