» » Cuaca buruk halang pencarian AirAsia QZ8501



Penyiasat udara berharap dapat memperoleh kotak hitam QZ8501, yang mendedahkan maklumat penting apa sebenarnya berlaku, dalam masa seminggu, lapor Reuters.

“Paling penting untuk menemui kawasan utama rangka (pesawat) dan kemudian kotak hitam,” penyiasat udara di jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia Toos Sanitiyoso dipetik sebagai berkata.

Penyelam yang menunggu untuk memeriksa rangka pesawat tidak dapat meneruskan operasi kerana laut bergelora, lapor Reuters.

Mereka sepatutnya menyelam ke dasar laut selepas objek besar dikesan oleh sistem sonar.

Pegawai pasukan pencari Sunarbowo Sandi berkata penyelam tidak akan dihantar ke laut tanpa sasaran jelas.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .