Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata Rafizi Ramli bebas mengumumkan harga minyak selepas menjadi sebahagian kerajaan kelak.
Memetik laporan portal Astro Awani Online, Hasan berkata, mekanisme penentuan harga minyak diguna pakai kerajaan sekarang mempunyai kaedah pengiraan tersendiri dengan mengambil kira kepentingan semua aspek.
"Biarlah Rafizi begitu, kita buat perkiraan kita dan dia ada perkiraannya sendiri. Itu hak dia untuk umumkan harga minyak versinya.
"Dia boleh kalau hendak umum harga minyak tetapi tunggu masa dia memerintah negara," kata Hasan merujuk kepada setiausaha agung PKR itu.
Hasan berkata, rakyat juga kelihatan gembira dengan harga baharu minyak petrol RON95, RON 97, dan diesel yang ditetapkan kerajaan selepas mengalami penurunan sekitar 30 sen menjelang 2015.
"Kita umum harga baharu minyak ini selepas buat pelbagai kajian dan perbincangan melalui kementerian dan pelbagai pihak, rakyat juga nampaknya terima dengan baik harga baru ini," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini menggesa kerajaan menurunkan lagi harga minyak ke paras RM1.91 seliter untuk RON95, dan RM1.64 seliter untuk diesel.
Semalam, Putrajaya mengumumkan harga runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter, manakala diesel berharga RM1.93 seliter berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Rafizi berkata hari ini, PKR bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat supaya kutipan cukai akibat perbezaan harga petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan persekutuan dengan harga pasaran dapat dikumpul melalui Tabung Pengimbang Harga Minyak.
Naib presiden PKR itu juga mencadangkan, dana daripada tabung itu hanya boleh digunakan untuk menstabilkan harga petrol dan diesel bagi melindungi rakyat daripada kenaikan mendadak harga petrol dan diesel apabila harga minyak mentah kembali pulih ke paras lama.
"Saya akan menggubal akta tersebut sebagai inisiatif rang undang-undang persendirian (private member bill) untuk diangkat ke Dewan Rakyat dalam sesi akan datang yang bermula Mac 2015 nanti.
"Saya sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional untuk memastikan Rang Undang-undang Tabung Pengimbang Harga Minyak ini dapat diluluskan Dewan Rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas penurunan harga RON95 kepada RM1.91 seliter dan diesel kepada RM1.93 seliter berkuatkuasa hari ini, Rafizi berkata pengumuman itu mengesahkan kiraan yang dibuat PKR sebelum ini adalah tepat.
Kiraan itu katanya dibuat berdasarkan harga pasaran dan formula jaminan keuntungan dan bayaran kos kepada syarikat minyak.
"Lebih penting lagi, ia juga mengesahkan kiraan jumlah cukai yang dikutip secara senyap (hidden tax) akibat harga yang dibayar lebih tinggi daripada harga pasaran juga adalah tepat.
"Maka, pendedahan PKR bagi bulan Disember 2014 kerajaan persekutuan mengutip cukai petrol dan diesel secara senyap sebanyak RM633 juta perlu diberi perhatian serius oleh rakyat," katanya.
Katanya, Putrajaya dijangka menikmati hasil kutipan cukai pada purata RM400 juta sebulan dan mampu mencecah berbilion ringgit dalam tahun 2015.

No comments: