Susulan pendedahan isu surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Federal Bureau of Investigation (FBI) , Pemuda PKR hari ini bakal membuat laporan polis petang ini bagi menggesa siasatan menyeluruh dijalankan.
Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata, laporan yang akan dibuat di Balai Polis Damansara Utama itu akan turut disertai Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa pimpinan lain.
"Namun ketika isu ini mula dilaporkan media sekitar 31Disember 2014 hinggalah ke hari ini, Ahmad Zahid terus memilih untuk tidak menjawab atau memberikan penjelasan menyeluruh.
"Malah rakan-rakan Kabinet beliau termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberikan komen sehingga mendapatkan penjelasan daripada Ahmad Zahid sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Fahmi berkata reaksi daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) menimbulkan tanda tanya, apatah lagi perkara penting itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.
"Adakah Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri tidak mengarahkan Ahmad Zahid untuk memberi penjelasan kepada beliau dan jemaah menteri lain," katanya.
Salinan surat dan rencana mengenai surat Zahid pada mulanya diterbitkan The South China Morning Post.
Dalam surat itu, Zahid bukan sahaja membersihkan nama Phua, tetapi turut berkata beliau terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara.
Isu itu menjadi cukup serius hingga Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada sebelum dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua.
Namun sehingga kini, Zahid dilihat berdiam daripada menjawab isu berkenaan bagaimanapun semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya mengatakan tidak tahu mengenai isu tersebut.
Muhyiddin berkata, isu tersebut tidak dibincangkan di Kabinet dan kemudiannya berkata akan menyiasat perkara demikian setelah mendapat penjelasan Zahid.
Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan menjalankan operasi perjudian haram di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas, sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia di Brazil pada Julai 2014.
Beliau sebelum ini pernah ditahan dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.
Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini tiada pilihan selain mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan dengan segera.
"Kita juga menuntut Najib mengarahkan peletakan jawatan Zahid sehingga siasatan tersebut selesai," katanya.
sumber
No comments: