» » 1MDB berjaya uruskan wang tunainya dengan cara paling berkesan dan efisien


Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi jaminan bahawa mereka menggunakan wang tunainya dengan cara paling efisien.

1MDB berkata demikian setelah anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya kenapa syarikat itu tidak membawa pulang RM4 bilion daripada simpanan di Pulau Cayman, ketika gagal membayar hutang di negara sendiri.

Ketika dihubungi, jurucakap syarikat itu memberitahu Malaysiakinibahawa 1MDB kesal apabila pihak ketiga yang tidak tahu menahu berhubung proses pembuatan keputusan membuat “kenyataan spekulatif”.

“1MDB berjaya menguruskan wang tunainya dengan cara paling berkesan untuk syarikat.

“1MDB sentiasa menunaikannya tanggungjawab kewangannya dan, walaupun terdapat spekulasi dan dakwaan palsu tentang perkara beberapa tahun lalu, hakikatnya 1MDB tidak pernah teringkar dalam pembayaran dan sudah tentu tiada niat atau alasan untuk lakukannya di masa depan,” katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .