» » 'SPRM perlu lebih berani untuk kurangkan rasuah di M'sia'


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kebebasan, termasuk kuasa untuk mendakwa, dalam usaha untuk memerangi rasuah berdasarkan kedudukan indeks rasuah Malaysia yang semakin baik, kata ahli Parlimen DAP hari ini.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dalam ulasannya berhubung ranking rasuah Malaysia yang bertambah baik dengan tiga tempat ke kedudukan 50 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (IHP) 2014, berkata banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menunjukkan peningkatan, bukan hanya kerana publisiti baik oleh Putrajaya.

"Dalam usaha untuk menunjukkan komitmen politik untuk memerangi rasuah, kerajaan perlu memberi keutamaan meningkatkan kebebasan SPRM khasnya bagi meningkatkan ketelusan dalam kontrak kerajaan," katanya.

Ong berkata SPRM juga perlu diberikan hak untuk pengambilan kakitangan dan jawatan ketua pesuruhjaya untuk tempoh tertentu saja.

Beliau juga mencadangkan kontrak kerajaan dianugerahkan melalui tender terbuka, sambil menambah kes di mana rundingan terus adalah perlu, kerajaan mesti menjelaskan kepada umum mengapa ia diperlukan.

"Hanya sebilangan kecil daripada kontrak rundingan terus boleh didapati di laman web MyProcurement dan tidak semua keputusan tender terbuka boleh didapati dalam talian," katanya.

Ong berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah amalan berterusan kerajaan yang melindungi pihak swasta tertentu yang enggan menyiarkan kontrak atas dasar pemegang konsesi perlu bersedia membenarkan penzahiran itu.

Beliau berkata ini termasuk konsesi lebuh raya yang dirundingkan secara langsung seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (Langkau), Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) dan projek insenerator Kepong.

"Kerajaan harus mendedahkan syarat yang diperlukan sebagai sebahagian proses tender dan syarikat yang tidak bersedia untuk kontrak didedahkan kepada umum tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam proses tender.

"Tanpa ini dan perubahan substantif lain, peningkatan baru-baru ini dalam ranking CPI dan skor, boleh dibuktikan untuk sementara saja dan tidak meyakinkan orang ramai yang sememangnya sudah ragu-ragu," katanya.

Sementara itu, Ong memberikan kredit kepada pelbagai badan termasuk Pembanterasan Rasuah dalam NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan, Transparency International, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Pemantauan Negara dan Whistleblower (NOW) dan Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) serta wakil rakyat di peringkat negeri dan persekutuan yang berusaha memnberikan perhatian terhadap rasuah kerajaan dan mencari jalan untuk mengurangkannya.

Beliau juga menyeru wakil rakyat, NGO dan orang ramai mengambil menyertai program Transparency International Malaysia "Berarak Menentang Rasuah" Sabtu ini pada jam 7 pagi di Taman Titiwangsa.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .