» » Peningkatan CPI bukan menunjukkan indeks rasuah di M'sia semakin baik sebenarnya


Ia mungkin kelihatan seperti peningkatan, tetapi kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014 , tidak menjelaskan keseluruhan cerita mengenai masalah negara dengan rasuah.

Aktivis anti rasuah berkata masih ada kelemahan terpendam dalam jentera kerajaan yang membenarkan individu berpengaruh terlepas dengan perbuatan seperti rasuah dan menggunakan dana awam.

Pada masa sama, walaupun tindakan terhadap pegawai awam yang rasuah meningkat, kebanyakannya adalah kakitangan awam peringkat bawahan.

“Kebanyakan 'jerung' masih terlepas walaupun laporan mengenai skandal mereka kerap tersiar di media.

Rafizi Ramli, yang mengetuai pusat National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata, apa yang lebih teruk ialah, tanpa perubahan sebenar, kerajaan meletakkan risiko menghancurkan kredibiliti CPI di kalangan rakyat Malaysia.

Bahagian 1: Perangkap 'skor pertengahan'
Walaupun Malaysia memperbaiki skor persepsi rasuahnya dan kedudukan tahun ini, realitinya ialah skor itu hampir sama seperti 10 tahun lalu.

Pada 2004, skor negara ialah 5.0 atau sama dengan 50 daripada 100 menggunakan skala baru. Tahun ini, skornya ialah 52.

Skor Malaysia jatuh daripada 4.5 atau 45 pada 2009 ke jumlah paling bawah 43 pada 2013. Ia naik semula pada 52 tahun ini.

Skala itu dibaca daripada 0 (rasuah tertinggi) kepada 100 (sangat bersih).

Pada 2004, kedudukannya ialah 39 daripada 145 negara sementara tahun ini di kedudukan 50 daripada 175 negara.

Hakikatnya ialah Malaysia masih sama daripada segi skor dan fakta itu dibangkitkan oleh Ravindran Devagunam, seorang pengarah yang memerangi rasuah dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

“Kita tidak boleh menerima saja keadaan itu. Kira sedang bergerak berdepan tetapi realitinya ialah kita berada di tempat mana kita bermula. Kita perlu lompat ke depan,” kata Ravindran ketika pengumuman kedudukan CPI 2014 semalam.

Mengulas mengenai CPI 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata ia menunjukkan kaedah anti rasuah kerajaan mula membuahkan hasil.

“Penambahbaikan berterusan dalam penguatkuasaan undang-undang dan perubahan keinstitusian secara mapan dalam pentadbiran menuju pemerintahan dan akauntabiliti lebih baik dilaksanakan di semua kementerian dan agensi.

“Hasil pelaksanaan ini akan lebih banyak diperolehi pada bulan akan datang 2015,” kata Low yang bertanggungjawab terhadap integriti dan pemerintahan baik.

Rafizi percaya peningkatakan dalam CPI tahun ini disebabkan strategi pembabitan masyarakat awam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkesan di mana suruhanjaya itu berusaha mendapatkan lebih ramai peserta mencegah rasuah.

“Kepimpinan SPRM benar-benar keluar mendapatkan masyarakat dan mendidik mereka mengapa sangat penting untuk mereka menjalankan peranan mereka. Ini sesuatu yang patut dipuji,” kata Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan.

Hujah ini hampir sama dengan kenyataan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berhubung kedudukan tahun ini.

Ia sebenarnya berasaskan kepada sentimen dalam kaji selidik yang dijalankan pada 2011 dan 2012, tidak lama selepas kerajaan membentuk SPRM, agensi anti rasuah yang lebih berkuasa dan berkecuali.

“Bila SPRM ditubuhkan, ada banyak niat baik dan itu yang mendorong kedudukan Malaysia melompat lebih baik dalam CPI,” kata Rafizi.

Bagaimanapun, tanpa perubahan sebenar, Malaysia mungkin akan terperangkap di sekitar lingkungan skor yang sama tanpa sebarang peningkatan, katanya.

Bahagian 2: Kurangnya perubahan bina kepercayaan

Reformasi sebenar akan bermakna perubahan penting untuk bagaimana kerajaan berfungsi. Sebahagian syor TI-M termasuk mengamalkan tender terbuka untuk setiap projek kerajaan dan menyiarkan setiap kontrak yang diberikan termasuk projek rundingan terus.

Antara lain ialah menubuhkan pendaftaran awam pemilik benefisial untuk semua syarikat rakyat Malaysia bagi membolehkan ahli politik tidak boleh bersembunyi di belakang proksi perniagaan.

Pada masa sama, perlu ada sistem untuk mengawal kewangan parti politik untuk menjelaskan bagaimana mereka menerima dan membelanjakan wang.

Kecuali untuk pendaftaran pemilik befisial, tiada satu pun daripada syor itu adalah sesuatu yang baharu, kata Akhbar. Mereka sudah sering kali mendesak kerajaan untuk melaksanakannya.

Sikap kerajaan masih mengekalkan Akta Rahsia Rasmi, yang digunakan untuk menyembunyikan maklumat kontrak kerajaan adalah bukti ia masih belum komited terhadap ketelusan, kata aktivis anti rasuah Cynthia Gabriel.

“Sebaliknya, ia kelihatan seperti apabila ada yang membuat aduan (mengenai skandal), mereka pula yang diserang,” kata Gabriel, ketua di Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4).

Gabriel berkata jika SPRM melengkapkan siasatan sekalipun, keputusan akhir sama ada pelaku akan dibawa ke mahkamah atau tidak terletak pada peguam negara.

Rafizi berkata tanpa tindakan yang disebutkan di atas, diragui Malaysia akan terus menaiki tangga dalam indeks itu atau mendapat kedudukan 30, seperti disasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tanpa perubahan sebenar kita berisiko menyebabkan rakyat sinikal terhadap CPI. Kerana jika kita meningkat dalam indeks itu, sementara pengadu tetap didakwa dan penjenayahnya terlepas, rakyat akan berhenti melihat indeks itu secara serius,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .