» » 'Bimbang Malaysia dilanda darurat ekonomi pada 2015'


Kedudukan ekonomi Malaysia amat membimbangkan apabila nilai mata wangnya terus jatuh menjunam berbanding mata wang utama dunia dan serantau.

Nilai mata wang ringgit terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk AS$1 dan RM2.63 bagi mata wang Singapura, S$1 satu penurunan yang sangat rendah.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar bimbang Malaysia bakal berdepan dengan 'darurat ekonomi' pada tahun depan berikutan penyusutan ini dan penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.

"Penurunan ini amat tinggi yang kita alami sejak 1997 atau 1998, pada waktu yang sama berlaku penurunan harga minyak kepada AS$70 setong.

"Ini semua akan meningkatkan kadar inflasi dan sekaligus bajet 2015 akan menyusut kira-kira 30%," katanya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

Berita Harian Singapura melaporkan, ringgit Malaysia jatuh paling teruk dalam tempoh 10 bulan lalu berbanding dolar Singapura.

Berita Harian Brunei juga membuat laporan yang sama apabila kadar ringgit jatuh kepada RM2.63 untuk sedolar Brunei berbanding RM2.57 minggu lalu.

Kedua-dua media negara jiran itu melaporkan, ia berpunca daripada kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

Berita Harian Singapura menyifatkan keadaan ini sebagai yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1997.

Menurut akhbar itu lagi, para penganalisis menjangkakan Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia paling teruk terjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minya dunia.

"Indsutri berkaitan minyak menyumbang sebanyak satu pertiga kepada hasil Malaysia," kata laporan itu lagi.

Media Singapura itu turut melaporkan, pasaran saham Malaysia susut hampir 3% selepas Petronas mengumumkan pada Jumaat lalu rancangannya untuk memotong perbelanjaan modal antara 15 hingga 20% tahun depan.

Ketika mengulas perkara ini, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata beliau bimbang apabila negara sedang menuju kepada darurat ekonomi, walaupun kerajaan menjangkakan ia boleh ditampung melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Petronas sendiri sudah meramalkan dan umum sumbangan Petronas akan menyusut sebanyak RM25 bilion dalam bentuk cukai mahupun royalti," ujarnya.

Katanya, ia jumlah yang besar, kebergantungan kerajaan daripada hasil minyak dan gas akan tergugat.

"Jika kerajaan berharap GST dapat menampung kelompangan tersebut tetapi dalam keadaan ekonomi sedemikian rakyat akan lebih berhemah dalam berbelanja.

"Bila berbelanja dengan berhemah ini bermakna cukai GST yang disasarkan kepada RM23 bilion itu tidak akan tercapai," katanya sebagaimana dilaporkan media rasmi PAS itu.

Beliau turut berharap dalam keadaan kritikal itu, kerajaan perlu melantik segera seorang menteri kewangan sepenuh masa bagi memberi tumpuan khusus kepada 'darurat ekonomi' yang bakal berlaku.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .