Firma yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikritik ekoran tahap hutangnya, yang sebahagiannya dijamin kerajaan.
Pengarah 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata hanya dana diterima daripada Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya dalam bentuk ekuiti bernilai RM1 juta.
Selebihnya, jelasnya, daripada amalan kutipan dana antarabangsa.
“Oleh kerana 1MDB tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan, justeru itu tidak benar dakwaan bahawa syarikat melabur, atau lebih teruk, membazir, wang rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan.
sumber
No comments: