» » 'UMNO Berdosa jika gagal bela ekonomi Melayu'


Jihad ekonomi perlu dilaksanakan kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera kerana ia merupakan satu dosa jika Umno gagal membela orang Melayu, kata Datuk Dr Adham Baba.

Perwakilan Umno Johor itu berkata, Umno juga tidak perlu berasa malu mengambil pendekatan berhaluan kanan bagi membantu golongan Melayu.

“Tiada sebab Umno perlu malu berhaluan kanan asalkan Melayu tidak tumbang.

“Rancangan Malaysia ke-11 mesti memfokuskan peruntukan kewangan kepada orang Melayu yang digelar sebagai jihad ekonomi,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Dr Adham berkata, roh jihad ekonomi perlu diresapi ke dalam Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai langkah pemerkasaan Bumiputera.

Katanya, walaupun generasi muda Melayu terlepas peluang merebut insentif dalam Dasar Ekonomi Baru, ia tidak harus dijadikan penghalang mencapai kejayaan.

“Saya menggesa semua pihak menghidupkan semula roh DEB dan dijadikan asas dalam dasar MEB.

“Menjadi satu dosa kepada Umno jika gagal menjaga kaum Melayu kerana terlalu mengambil berat kepada mereka yang tidak pernah jujur membela orang Melayu,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .