» » 'Rakyat M'sia sangat sabar walaupun harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi'


Rakyat Malaysia patut berhenti jadi sangat menerima serta sabar dan sebaliknya, mula mempersoalkan kerajaan persekutuan jika ada yang tidak kena, kata pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua umum PKR itu berkata bila harga bahan api meningkat susulan tindakan Putrajaya mengurangkan subsidi, rakyat Malaysia tidak bertanya kerajaan soalan yang sukar.

Beliau berkata, sejak Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, kos sara hidup meningkat naik berikutan peningkatan harga bahan api, gula dan tarif elektrik.

“Saya tidak pernah lihat orang yang sesabar dan bertoleransi seperti rakyat Malaysia,” kata Anwar pada majlis ceramah di Puchong Indah, malam tadi.

Berucap di depan kira-kira 500 khalayak, Anwar berkata semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan bertanya kepada Putrajaya mengenai kok sara hidup yang meningkat dan menjejaskan semua orang.

Saya membangkitkan isu jurang antara yang kaya dengan miskin semakin lebar, masyarakat bandar dan luar bandar di Parlimen.

“Tetapi tidak ada seorang pun daripada Barisan Nasional (BN) yang sanggup jawab soalan saya. Kenapa pelan tindakan afirmatif gagal mengangkat Melayu keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Anwar berkata golongan Melayu elit, seperti ahli Umno dan kroninya, mendapat manfaat daripada pelan berkenaan sementara kebanyakan Melayu lain masih merana.

Ketua pembangkang dan wakil rakyat lain yang berceramah dalam majlis malam tadi termasuk Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak nampak seperti mempunyai rancangan untuk bantu mengurangkan beban rakyat.

“Susulan pilihan raya tahun lalu, Najib terus memungkiri janjinya yang dibuat di depan rakyat sebelum hari mengundi.

“Sekarang dia berpatah balik daripada janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Daripada memansuhkan akta itu, dia mahu buat pindaan terhadap undang-undang itu pula,” kata Gobind.

Beliau bertanya mengapa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang perlu mengekalkan akta yang diperkenalkan pada zaman penjajajh itu.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata sudah jelas Umno dan BN tidak lagi sesuai untuk mentadbir kerajaan.

“Mereka lupa dengan kesusahan rakyat biasa di jalanan,” kata Sivarasa, mempersoalkan janji yang dibuat BN kepada rakyat tahun lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Putrajaya nampanya berhasrat untuk membawa Malaysia muflis dengan pelbagai ketirisan dan pembaziran.

“Lihat hutang yang dibuat 1Malaysia Development Berhad, Malaysia adalah penjamin untuk hutang RM42 bilion itu,” kata Pua.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata rakyat Malaysia tidak sepatutnya hanya duduk di tepi dan melihat wang mereka dicuri dan disalurkan secara haram oleh pemimpin yang tamak.

“Kita perlu selamatkan Malaysia, kita perlu jadi aktivis dan melakukan sesuatu berbanding sekadar menerima takdir kita.

“Kita perlu bersatu untuk pertarungan terakhir menyelamatkan Malaysia sebelum ia diisytihar muflis. Kita bertanggungjawab melindungi Malaysia untuk generasi akan datang,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau Mat Sabu berkata Umno gemar menggunakan isu perkauman untuk mengalih perhatian ramai terhadap kesilapan mereka.

“Masa umur saya 12 tahun, kami sering dapat surat layang menyatakan bagaimana Cina akan ambil alih Malaysia.

“Surat itu kata orang Cina akan perintah Malaysia, buang pemimpin Melayu dan Melayu akan jadi Red Indian,” katanya.

Mat Sabu berkata, apa yang kelakar mengenai zaman kanak-kanaknya ialah ia adalah zaman sebelum televisyen diperkenalkan di Malaysia.

“Tetapi kini, era teknologi maklumat, kita masih lihat benda yang sama daripada Umno. Mereka masih menyalahkan bangsa lain dan menggunakan cara yang sama,” katanya.

Mat Sabu berkata Umno terus mempamerkan parti itu adalah penyelamat dan pelindung orang Melayu, sewenang-wenang menyalahkan orang Cina.

“Tetapi Umno, sebagai tulang belakang BN, memegang kuasa selama lebih 50 tahun. Jadi kenapa orang Melayu masih perlu dilindungi?”

Katanya, lebih RM50 bilion diperuntukkan untuk pelan tindakan afirmatif, bertanya ke mana semua wang itu pergi.

“Perkasa dan Isma merungut mengenai tanah rezab Melayu yang semakin mengecil jumlahnya sepanjang 50 tahun ini, tetapi siapa yang mentadbir negara sepanjang tempoh itu,” katanya.

Mat Sabu berkata beliau terkejut apabila tanah runtuh berlaku di Cameron Highlands, askar dan polis serta merta dikerah ke Putrajaya.

“Kenapa mereka hantar tentera untuk tangkap pendatang asing? Kenapa mereka tidak mencari siapa yang bawa pendatang itu?,” katanya.

Beliau berkata setiap kali pembangkang mula bertanya soalan keras, Putrajaya akan sama ada tepis isu itu atau dakwa ia sensitif.

“Ini Malaysia, tanah air saya. Kita ada hak untuk tanya soalan jika nampak sesuatu yang salah,” katanya disambut sorakan penonton.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .