» » UMNO yang akan bela Melayu miskin ?


Umno mahu lebih kawalan ke atas ekonomi Malaysia untuk meningkatkan pendapatan Bumiputera agar setanding dengan masyarakat lain, walaupun ia gagal dilakukan sejak lebih 40 tahun lalu.

Bahagian pertama kenyataan di atas secara jelas adalah intipati perbahasan di peringkat akar umbi Umno dalam perhimpunan hari ini.

Bahagian kedua ialah pengakuan yang tidak dinyatakan. Ini kerana, siapa lagi yang bertanggungjawab ke atas dasar tindakan afirmatif yang sepatutnya membasmi jurang pendapatan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera?

Ya, ini adalah paradoks, seseorang yang menuntut lebih banyak peluang walaupun dia sendiri banyak mensia-siakannya, tidak diambil kira oleh perwakilan parti.

Apa yang lebih membimbangkan bukan saja ahli Umno meminta pemimpin mereka dalam kerajaan membuat banyak keputusan lebih kepartian untuk memperbaiki golongan Bumiputera.

Mereka seolah-olah taksub dengan kaedah yang masih diteruskan dan ternyata tidak berkesan sebelum ini.

Parti mengawal kerajaan
Perwakilan, yang pada dasarnya suara akar umbi, mula membahaskan bagaimana untuk membantu Bumiputera sejak semalam.

Perwakilan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyelar hakikat perkhidmatan awam yang mempunyai dasar yang melarang jabatan kerajaan dan agensinya menerima surat sokongan daripada ahli politik.

Surat sokongan, biasanya ditulis wakil rakyat, mengiringi permohonan untuk segala-galanya, daripada pinjaman hinggalah kepada kontrak.

Zahidi mahu pemimpin kanan parti, seperti presiden merangkap perdana menteri, membatalkan polisi ini.

"Parti perlu mengawal kerajaan," kata Zahidi, yang juga ahli Parlimen Padang Besar.

Wakil Umno Wilayah Persekutuan Datuk Norainah Musa menyokong beliau dalam ucapannya, mengatakan surat sokongan daripada pemimpin bahagian Umno juga harus diterima.

"Apa salahnya dengan surat sokongan daripada ketua bahagian? Adakah tanda tangan kami hanya berharga semasa pilihan raya?" kata Norainah.

Satu lagi permintaan yang sering diperkatakan ialah Petronas dan lain-lain syarikat berkaitan kerajaan diminta untuk memilih syarikat Bumiputera sebagai vendor.

"Malah (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggungjawab Petronas adalah untuk membantu syarikat tempatan, terutamanya Bumiputera," kata perwakilan Umno Pahang Datuk Maznah Abdul Hamid.

Tetapi setakat ini preskripsi paling banyak diulang ialah galakan kerajaan terhadap isi rumah Bumiputera berpendapatan rendah menceburi perniagaan kecil untuk mendapatkan wang tambahan.

Mereka berkata ini boleh dilakukan dengan menyediakan lebih banyak pinjaman mikro-kredit di bawah Tekun Nasional dan lebih banyak program latihan kemahiran usahawan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia.

Apakah Umno layak melakukannya?

Tujuan perwakilan bukanlah tidak kena pada tempatnya. Kajian Khazanah berkenaan Isi Rumah Negara menunjukkan terdapat ketidaksamaan antara etnik walaupun selepas lebih 40 tahun tindakan afirmatif.

Pendapatan isi rumah pertengahan bagi Bumiputera ialah RM3,282, manakala bagi India adalah RM3,676 dan Cina sebanyak RM4,643.

Pakar ekonomi Azrul Azwa Ahmad Tajudin percaya data itu menyokong hujah yang tindakan afirmatif perlu diteruskan.

Masalahnya adalah bagaimana melakukannya tanpa mengulangi kesilapan masa lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang mendengar perbahasan perwakilan hari ini berasa agenda ekonomi “Bumiputera saja” tidak akan berkesan.

"Bumiputera perlu menerima adanya kaum lain, jadi apa-apa agenda ekonomi mestilah inklusif."

Ini kerana sektor swasta, yang menyumbang 48% daripada semua Keluaran Dalam Negara Kasar tidak semudah ditanda mengikut garis etnik yang difikir, katanya.

Pekerja syarikat, pengurus serta pengguna misalnya adalah termasuk komuniti yang berinteraksi dalam cara yang terlalu kompleks bagi polisi mono-etika untuk kerja, kata Ahmad Husni yang juga menteri kewangan kedua.

Azrul Azwa berkata terlalu banyak perbahasan terhadap mengurangkan jurang kekayaan yang memberi tumpuan terhadap meningkatkan ekuiti korporat Bumiputera kepada 30%, yang menjadi topik pilihan di perhimpunan Umno kali ini.

"Lebih banyak penekanan hendaklah diberi apa sebenarnya yang diperlukan pihak terbabit untuk meningkatkan pendapatan dan menangani tekanan kos hidup,” katanya.

Kebanyakan pendekatan masa lalu juga mewujudkan satu bahagian masyarakat yang bergantung kepada subsidi dan pemberian, yang mudah digunakan untuk kepentingan politik, katanya.

Dan kemudian terdapat penekanan kepada keusahawanan, yang secara automatik menganggap setiap isi rumah berpendapatan rendah boleh berjaya dalam perniagaan.

"Ramai orang yang sesuai sebagai pekerja yang makan gaji. Tumpuan harus diberikan agar syarikat membayar lebih gaji untuk mereka," kata Azrul Azwar.

Obses dengan keusahawanan menjadi satu cara untuk tidak berurusan dengan masalah utama struktur ekonomi Malaysia – ia adalah berdasarkan penciptaan produk bernilai rendah pada kos yang rendah dan dengan gaji yang rendah.

Struktur ini memastikan gaji rakyat Malaysia sentiasa ditindas kerana pihak syarikat boleh memilih pekerja asing bekerja dengan kadar upah lebih rendah, katanya.

"Dan kerajaan terus membenarkan ini berlaku," kata Azrul Azwa.

Walau apa jua alasan, masalah ini yang banyak ditulis di media adalah penting untuk meningkatkan pendapatan tetapi tidak dibahaskan perwakilan Umno hari ini.

Oleh itu, Umno mungkin betul untuk berdebat bagi membolehkan lebih banyak bantuan untuk Bumiputera, satu hujah yang juga penting adalah apakah Umno parti yang tepat untuk melaksanakannya?

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .