» » 'Pakatan akan di berkuasa Msia jika berjaya hilangkan ketakutan Melayu';


Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) boleh meyakinkan orang Melayu yang ia akan berlaku adil kepada mereka dan hormati hak dan keistimewaan mereka, ia hampir pasti akan berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor dan Pulau Pinang dan mungkin juga menawan Putrajaya, kata bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Masyarakat Bumiputera, terutama mereka yang pro-Barisan Nasional (BN), katanya, takut kehilangan hak dan keistimewaan mereka dan bimbang orang Cina akan mendominasi kerajaan selain ekonomi yang memang sudah dalam genggaman mereka.

"Faktor takut ini ialah senjata terakhir Umno dalam memastikan orang Melayu terus memihak kepada mereka. Takut kepada orang Cina ialah salah satu sebab utama orang Melayu kembali kepada Umno dan memberi kemenangan lebih besar kepada BN dalam pilihan raya umum tahun lepas.

"Gambaran berpuluh ribu orang Cina dan India yang menyokong pembangkang, mengambil alih bandar-bandar di Johor semasa kempen pilihan raya, membangkitkan rasa takut di kalangan orang Melayu, menyebabkan mereka berdiri di belakang Umno," kata bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times itu semalam.

Katanya, situasi di Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan satu petunjuk, mengenai bagaimana keadaan orang Melayu di negeri itu sejak PR mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2008.

"Adakah wujud pemberontakan di kalangan Melayu sejak PR berkuasa pada 2008? Kecuali di kalangan komuniti peniaga Melayu yang ada kaitan dengan BN, orang Melayu lain nampaknya menerima PR. Di Pulau Pinang, yang diterajui DAP, yang masih tidak sepakat bukan Melayu, tetapi warga India Muslim."

Katanya, masyarakat India Muslim di Pulau Pinang lebih lantang mengkritik kerajan PR kerana kebanyakan mereka peniaga dan menerima kesan secara langsung dari dasar dan program kerajaan negeri.

"Mententeramkan dan membuang ketakutan orang Melayu ialah satu kemestian kerana mereka golongan majoriti dan menguasai elemen penting kerajaan – penjawat awam, polis dan tentera. Tiada kerajaan mampu menukar semua ini dalam sekelip mata," katanya.

Menulis dalam blognya bawah tajuk 'Isu Kepimpinan: Bagaimana Kalau PR Ambil Alih?', Kadir cuba membayangkan apa yang akan terjadi kepada negara ini sekiranya BN yang diterajui Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sekiranya PR dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ia harus mengekalkan dasar dan program kerajaan BN sedia ada, termasuk kerangka ekonomi dan perdagangan sedia ada dan penting juga mendapatkan kepercayaan pihak swasta.

Katanya, PR perlukan yakinkan ahli perniagaan dalam sektor swasta, termasuk mereka yang mendapat banyak faedah dari kerajaan Umno-BN selama ini, kerana mereka pasti akan memindahkan kesetiaan mereka sekiranya mereka dilayan dengan adil.

"Mereka akan sokong kerajaan baru bagi mendapatkan jaminan keselamatan dan kelangsungan hidup, dan mungkin mahu tubuhkan konsesi dan runding semula kontrak yang mereka perolehi dari kerajaan BN sebelumnya," katanya.

Kadir berkata, perkara ini tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada PR kerana sudah ramai hartawan dan ahli perniagaan besar yang memupuk persahabatan dengan parti dalam gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

"Tetapi, sekiranya PR memilih untuk berdendam, ia menghadapi risiko membangkitkan kemarahan orang Melayu dan hilang sokongan mereka. Dan ini tidak baik kerana orang Melayu membentuk majoriti dan mengawal unsur penting dalam kerajaan," katanya.

Kadir berkata, cabaran terbesar PR ialah mendamaikan antara ahlinya yang tidak sepakat dari segi ideologi.

"Krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini menunjukkan betapa lemahnya PR menghadapi pertelingkahan dalam parti dan sesama parti. Sebab utama PAS hilang Kedah dalam pilihan raya umum tahun lepas ialah permusuhan antara sesama puak dalam parti."

Oleh itu, beliau berkata, sekiranya BN tidak menjalani satu proses transformasi yang berwibawa dan Umno tidak mendapat kembali sokongan orang Melayu, terutamanya golongan muda, PR berpotensi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .