» » Cabar Ahmad Maslan bangkit isu anak syarikat 1MDB di Parlimen


Tony Pua mencabar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membangkitkan isu berhubung anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu sebelum ini seringkali mempersoalkan anak-anak syarikat milik 1MDB gagal menyerahkan laporan kewangan mereka kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM).

"Saya mengharapkan Ahmad membuat tuduhan sekali lagi di Dewan Rakyat dan berkemungkinan saya boleh membawa beliau sekali lagi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekali lagi," kata Pua pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad semalam di laman mikro Twitter miliknya berkata, Pua harus di bawa ke jawatankuasa berkenaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kenyataannya mengenai anak syarikat 1MDB.

"Perkara ini amat penting dan saya akan bangkitkan ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa untuk Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan kegagalan syarikat-syarikat ini berdasarkan tempoh masanya," kata Pua.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .