Polis mengenal pasti suspek utama, seorang lelaki berusia 40-an berhubung kes serangan bom tangan di depan kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 9 Oktober, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa.
Semalam, 4 individu ditahan bagi membantu siasatan insiden yang berlaku awal pagi itu.
Dalam kejadian itu, seorang terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila sebutir bom tangan meletup di depan sebuah pub di Jalan Bukit Bintang.
Menurut sumber polis, joki kereta Tiong Kwang Yie, cedera parah dan mati ketika menerima rawatan di hospital.
"Polis menerima aduan pada jam 4.25 pagi dan menghantar wakil ke kelab malam Cherry Blossom bagi menyemak kerosakan.
"Laporan awal menunjukkan dua butir bom tangan dicampak dari tingkat dua bangunan."
Mangsa lain yang cedera berumur antara 20 dan 42. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tung Shin.
"Mereka yang cedera termasuk warga dari Thailand (1), China (2) dan Singapura (2). Sebahagian daripada mereka adalah penaung kelab," kata satu sumber.
Mangsa dikenal pasti sebagai Lim Soon Hock, 51; Teoh Meng Keow, 40; Yaw Lee Hock, 41; C Revindran, 49; dan Tiong Kwang Yie.
Warga asing adalah Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapura), Ma Yunfeng dan Yong Jiaqin (kedua-duanya dari China).
sumber
No comments: