Pegawai polis bersara dan beberapa peguam hari ini membantah sebarang langkah memansuhkan Akta Hasutan 1948, mengatakan ia diperlukan bagi melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-Raja, hak orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan kaum lain.
Mereka juga mengutuk gerakan anti-Akta Hasutan anjuran Majlis Peguam, termasuk seruannya supaya undang-undang itu dihapuskan dan perarakan jalan kaki yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
"Pemansuhan Akta Hasutan, seperti juga undang-undang lain bakal menjadi satu kesilapan amat besar, tidak membantu, satu kemunduran bagi kedamaian yang wujud dalam masyarakat harmoni dan akan membawa kepada huru-hara," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Antara yang menandatangani kenyataan itu ialah bekas ketua polis negara paling lama berkhidmat, Tun Hanif Omar, pesuruhjaya polis bersara Datuk Othman Talib dan Tan Sri Zaman Khan.
Juga tersenarai ialah peguam kontroversi dan bekas Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin.
Majlis Peguam pada mesyuarat agung luar biasanya 19 September meluluskan usul memansuhkan undang-undang itu.
Semalam, ratusan peguam mengambil bahagian dalam satu acara berjalan kaki untuk Keamanan dan Kebebasan sebelum menyerahkan memorandum kepada menteri di bangunan Parlimen.
sumber
No comments: