Alkisahnya Shila naik berang kerana konsertnya baru-baru ini tidak mendapat liputan media berbahasa Melayu. Dia puji media berbahasa Cina yang membuat liputan. Padahal kebanyakan media berbahasa Melayu tidak dijemput? Apahal Shila meroyan pulak ni?
Agaknya dia tak tahu konsert tersebut tidak menyediakan undangan untuk media Melayu. Akhbar utama, majalah hiburan semuanya tak diundang. Macam mana nak buat liputan kalau dah tak diundang.
Sepatutnya selidik dulu apa sebabnya sebelum meluahkan kata-kata yang kurang enak dan boleh menampakkan ketidakcerdikan diri sendiri.
Shila menimbulkan rasa tak senang di kalangan media Melayu apabila memperli media di laman sosial Instagram miliknya.
Siap dia mengatakan media Melayu hanya suka menulis gosip dan tak gemar tulis pasal pencapaian artis tempatan.
Rakan-rakan Cik Tina pun tak senang juga bila Shila memuat naik kata-kata kecewa macam tu di laman sosial. Dia nak cari pasal dengan media Melayu ke?
Maklumlah dia sekarang bertapak di luar negara dan dah tak heran sangat kalau tak ada sokongan media Melayu.
Shila ni memang suka sangat membuat perkara yang tak terfikir dek akal. Banyak hal yang dilakukan dulu sehingga menimbulkan kontroversi. Ingatkan bila dah berjaya di luar negara ni dia semakin matang… rupa-rupanya masih sama aja caranya.
Ada juga media Melayu yang pergi menonton konsert tersebut. Itupun atas usaha sendiri. Dua tiga hari sebelum konsert penolong pengarang hiburan ada tanya pada syarikat rakaman pasal konsert itu. Wakil syarikat rakaman kata mereka tak urus dan memberikan nombor telefon penganjur.
Dia hubungi talian yang diberikan tapi tak dijawab lalu dia meninggalkan pesan. Sehari sebelum konsert, dia ada terima panggilan dan akhbarnya dibekalkan sekeping tiket dengan alasan mereka akan menghantar gambar konsert kepada akhbar Melayu itu melalui e-mel.
“Masalahnya macam mana akhbar saya nak siarkan berita pasal konsert itu sebab sehingga sekarang pun belum terima gambarnya,” kata penolong pengarang hiburan akhbar tersebut.
sumber





No comments: