» » 'Mesra dengan Izreen Azminda sebab tuntutan kerja'


Selepas pelakon Izreen Azminda bercerai, nama pelakon kacak Amar Baharin dikaitkan. Apatah lagi pasa masa krisis melanda Izreen, mereka sedang hangat dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di slot Akasia TV3.

Pada sesi fotografi mereka kelihatan sangat mesra dan memberikan aksi penuh emosi di depan kamera. Ada yang membuat andaian mereka sedang menyulam cinta. Namun Amar dan Izreen tidak mengiyakannya. Alasan yang sering diberikan ialah rakan sesama pelakon.

Mereka juga sering menunjukkan kemesraan di laman sosial untuk mempromosikan drama dan kerja mereka sebagai pelakon, sehingga timbulnya gosip mengatakan mereka sebenarnya sedang bercinta.

Peminat mereka juga semacam gembira dan seronok sekiranya benar mereka menjalin hubungan mesra.

Agaknya peminat terpengaruh dengan kemesraan yang mereka tonjolkan dalam menjiwai watak pasangan kekasih dalam drama.

Amar akui berkawan rapat dengan Izreen namun soal kahwin dengan pelakon itu tidak difikirkannya pun.

“Saya tak mampu menduga kesudahan episod cinta yang digembar-gemburkan ini.

“Kalau sudah tertulis jodoh di antara kami oleh-Nya, siapalah saya untuk mempersoalkannya.

“Tapi sehingga saat ini isu itu tak pernah terlintas di hati saya pun,” kata Amar kepada Utusan Malaysia.

Amar sentiasa memilih jawapan selamat apabila ditanya pasal kemesraan dan keserasiannya dengan Izreen.

“Kemesraan yang terserlah dalam gambar atau visual itu nampak lebih intim mungkin disebabkan keserasian antara kami berdua, bukannya berpunca daripada perasaan kasih sayang seperti pasangan bercinta.

‘Dah nama pun pelakon, saya dan Izreen cuba berikan gaya gaya terbaik untuk setiap gambar yang diperlukan oleh media. Mungkin lakonan kami menjadi, sebab itulah gambar itu nampak semula jadi seolah-olah orang sedang dilamun cinta,” kata Amar lagi.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .