» » Sarimah Kesal ‘Dianaktirikan’


Usaha untuk memperkenalkan lagu nyanyian anak tempatan ke peringkat antarabangsa dirasakan tidak mendapat sokongan sepatutnya daripada stesen-stesen radio tanah air.

Demikian pendapat Sarimah Ibrahim yang menyuarakan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah penyampai serta stesen radio yang seolah-olah keberatan untuk memutarkan single Inggeris terbarunya, You On My Mind.

“Kita dengar lagu-lagu Rihana dan Beyonce dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, mengapa tidak siarkan juga lagu Inggeris nyanyian anak tempatan?

“Saya buat lagu ini untuk menyumbangkan sesuatu kepada industri hiburan tanah air. Saya cuba untuk membawa lagu ini ke peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung akan ‘membawa’ bersama nama negara kita.

“Tetapi saya kesal kerana You On My Mind kurang mendapat sokongan daripada penggiat penyiaran di tempat sendiri,” ujar Sarimah.

Bagaimanapun Sarimah bersyukur kerana stesen radio tempat dia bertugas iaitu Mix FM memberi sokongan padu kepada usahanya untuk memperkenalkan lagu itu.

Menyentuh tentang kos penghasilan single You On My Mind yang hampir mencecah RM500,000, Sarimah mengakui bahawa tidak ‘disponsor’ oleh sesiapa, sebaliknya dia mengeluarkan wang simpanannya sendiri.

“Saya perlu jelaskan di sini, saya tidak menggunakan wang Tunku Jamie atau orang lain untuk hasilkan You On My Mind. Kesemua kos pembikinannya menggunakan duit saya sendiri,” ujar Sarimah.

Dia tidak mahu soal kos tersebut dipertikaikan di kemudian hari dan ada pula yang membabitkan ia dengan bakal tunangnya, Tunku Jamie atau nama sebenarnya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Perancangn Teliti Untuk Comeback

You On My Mind adalah ‘buah tangan’ terbaru Sarimah buat para peminatnya yang sudah 12 tahun menantikan kehadiran lagu barunya.

Sarimah akui membuat perancangan yang cukup teliti untuk membuat ‘comeback’ setelah begitu lama menyepikan diri daripada bidang nyanyian.

Ini termasuk, memantapkan semula vokalnya dengan pergi ‘berguru’ di London dengan guru vokal terkenal, Robert Bicknell yang juga pernah melatih vokal Natalie Imbruglia.

Menerusi Bicknell jugalah, pada tahun lalu, Sarimah diperkenalkan dengan Simon J Bailey yang pernah membuat persembahan bersama Mariah Carey, Elton John dan mendiang Whitney Houston.

“Sebenarnya irama You On My Mind sudah lama bermain-main dalam kepala saya tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menterjemahkannya dalam bentuk gubahan muzik.

“Apabila bertemu Simon, saya nyanyikan melodi itu dan dari situ, kami garap bersama sehingga You On My Mind menjadi sebuah lagu.

“Sejak awal pertemuan lagi, kami serasi dan mudah bekerjasama. Mungkin kerana kami sama-sama pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini. Jadi pengalaman itu, kami luahkan menerusi You On My Mind,” cerita Sarimah

Lagu yang mendapat sentuhan akhir dari segi muzik oleh Benny D, produser dari London itu menyebabkan Sarimah terpaksa berulang-alik ke kota metropolitan itu selama dua kali untuk proses penghasilannya.

Single ini dirakamkan di Power Studios, London, yang pernah digunakan untuk rakaman lagu Elton John, Adele, Paloma Faith dan Massive Attack.

Single You On My Mind boleh dimuat turun menerusi platform digital termasuk iTunes dan Amazon.

Seiring dengan penghasilan single tersebut, Sarimah juga menerbitkan sebuah video muzik yang boleh ditonton di YouTube.

Sarimah bertindak selaku produser dan penulis konsep video muzik You On My Mind. Sementara, pengarah filem, drama dan video muzik terkenal, Rahila Ali bertanggungjawab mengarahkan video muzik Sarimah ini dengan menggunakan teknik ‘green screen’ dan CGI.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .