» » KKM sedia bantu siasat kebocoran soalan UPSR


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menyiasat kebocoran kertas soalan Sains serta Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Rabu dan semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya juga sedia bekerjasama dengan polis bagi mengesan jika ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media siber untuk melakukan perbuatan itu.

"Saya akan meminta pegawai saya bantu menyiasat sekiranya ada unsur-unsur mereka guna media siber...

"Mereka akan disiasat untuk bantu polis dan Kementerian Pendidikan mengesah pihak tidak bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda Parlimen Kemaman di Institut Kemahiran Belia Negara hari ini.

Shabery berkata beliau menganggap tindakan itu, sama ada membabitkan orang dalam ataupun luar, satu perbuatan terkutuk.

Shabery berkata perbuatan itu ia bukan sahaja satu pengkhianatan kepada masa depan anak bangsa malah menjejaskan sistem pendidikan negara.

Rabu lepas, kertas soalan Sains UPSR didapati bocor dan semalam, perkara sama berlaku kepada kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, kecewa dengan insiden itu dan mengarahkan siasatan menyeluruh bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

Berikutan masalah itu, sejumlah 473,175 calon terpaksa menduduki semula peperiksaan UPSR untuk kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sept ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .