Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengingatkan Putrajaya supaya tidak bergantung kepada "hukum purata" apabila menentukan kadar pendapatan dan pengagihan kekayaan di Malaysia.
Menerusi majalah Malaysian Business keluaran 16 September, beliau berkata hukum purata cacat, merujuk satu kajian peningkatan pendapatan isi rumah baru-baru ini.
Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini yang mengumumkan taraf hidup rakyat sekarang lebih baik kerana purata pendapatan isi rumah meningkat kepada lebih RM5,900 sebulan berbanding RM5,000 pada 2012.
Wahid yang memetik laporan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 itu kemudiannya berkata angka yang disebutnya termasuk pendapatan bukan gaji serta pulangan daripada pelaburan dalam pelbagai instrumen seperti unit amanah dan ia tidak memberi gambaran sebenar pendapatan isi rumah keseluruhan di Malaysia.
“Saya pasti Wahid sedar hukum purata ini cacat,” kata Kadir.
“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selalu mengingatkan bahaya bergantung terlalu kuat pada hukum purata, di mana katanya seseorang boleh tenggelam dalam lopak yang purata kedalamannya sekadar dua inci, sekiranya dia jatuh tersembam, tidak sedarkan diri dan tidak dibantu,” kata Kadir dalam ruangan Other Thots majalah itu.
Kadir berkata, walaupun pendapatan purata mungkin melepasi RM5,900 namun bawah 40% pendapatan isi rumah rakyat Malaysia bergaji sangat rendah dalam lingkungan RM1,600 hingga RM1,800.
Beliau turut memberikan contoh statistik yang dikeluarkan Amanah Saham Didik (ASD) bagi menggambarkan kelemahan hukum purata.
Kadir berkata, berdasarkan laporan tahunan ASD 2014, purata pelaburan kira-kira RM14,500 bagi seorang pemegang akaun dan ia kelihatan baik mampu membiayai pengajian di universiti tempatan.
Jumlah itu turut membentuk kepercayaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar simpanan tertinggi di dunia dan dalam kes ASD ia menunjukkan bagaimana tahap kesedaran ibu bapa Malaysia.
“Namun gambaran sebenarnya jauh berbeza dan tidak menyenangkan apabila bawah 86% pemegang akaun memiliki simpanan hanya RM980 sementara peratusan separuh tertinggi kira-kira RM1.5 juta.
“Trend sama digunakan secara umum terhadap instrumen simpanan lain secara mandatori atau sukarela,” katanya dalam rencana “Stick to Growth with Distribution”.
Kadir turut memetik buku baharu seorang ahli ekonomi Mohammed Abdul Khalid bertajuk "The Colour of Inequality – Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia", yang dikatakannya membicarakan secara teliti isu pengagihan kekayaan dan pendapatan negara yang tidak sekata.
Kadir berkata, penulis menulis selepas menganalisis jumlah kemewahan 2009 ‘yang dijangka pengagihan kemewahan sangat condong’.
Buku tersebut turut mengulas mengenai pegangan pengagihan kemewahan yang menunjukkan kemewahan kasar per kapita bawah 40% ialah RM123,428 dan mereka memiliki kurang daripada 7% keseluruhan kemewahan isi rumah.
Golongan termiskin merupakan kumpulan paling teruk. Kemewahan purata mereka kira-kira RM11,666 dan mereka memiliki 0.2% secara kumulatif daripada seluruh kemewahan negara.
Kadir berkata, ahli ekonomi muda dan pemikir ekonomi patut bergiat aktif dalam kajian dan wacana hal sosio ekonomi terutamanya apabila perancangan ekonomi berdasarkan kebajikan merupakan ancaman sebenar daripada model berasaskan pasaran.
“Ya, pasaran penting tetapi ia tidak selalu menjadi petunjuk terbaik kejayaan ekonomi.
“Pasaran tidak kisah kepada kebajikan rakyat. Itu peranan kerajaan," katanya.
sumber




No comments: