Meskipun Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Datuk Seri Dr Wan Azizah, timbalan presiden PKR itu tetap boneka Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Situasi boneka PKR kini sudah berubah. Meskipun ia tidak sedekat dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah namun, kawalan (boneka) tetap berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Asas Kepimpinan CEO 2014, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, Azmin boleh menjadi menteri besar yang bagus sekiranya tidak mengikut arahan mana-mana pihak lain.
"Beliau (Azmin) boleh jadi menteri besar yang baik sekiranya tidak dengar mana-mana pihak lain," katanya.
sumber




No comments: