» » 'Berhenti jadi ahli politik jika tidak tahan kritikan'


Tun Dr Mahathir Mohamad meyarankan pihak yang tidak tahan dengan kritikan agar berhenti menjadi ahli politik.

Bekas perdana menteri itu berkata, ahli politik yang sebenar tidak akan sesekali melatah apabila dikritik apatah lagi mahu membawa isu tersebut ke mahkamah.

"Sebagai ahli politik saya tidak hanya suka orang memuji saya, namun saya mahu orang mengkritik saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepimpinan Asas Perdana CEO 2014 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang menyaman beliau kerana tidak berpuas hati dengan kritikannya kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .