Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengingatkan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) supaya mengutamakan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Azmin dalam program rasmi pertamanya dengan kakitangan kerajaan negeri berkata, prinsip keuntungan bersama ialah tanggungjawab sosial yang perlu disubur dan dipertahankan.
"Kita mahu keuntungan, tetapi kalau tidak disusuli dengan konsep tanggungjawab sosial, bermakna ia satu kegagalan besar.
"Apa makna kita untung besar tetapi tidak dapat berkongsi dengan anggota pentadbiran, pegawai, pekerja dan rakyat di bawah?" soalnya dalam ucapannya pada majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidil Adha anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Rawang, hari ini.
Katanya, walaupun syarikat mencatatkan prestasi yang baik, tetapi hasil keuntungan mesti diberikan semula kepada rakyat dan pekerja yang memerlukan bantuan, serta kebajikan mereka juga perlu dijaga.




No comments: