» » 'Perubahan mengambil masa'


Cadangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengambil masa untuk dilaksanakan, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha agung Umno itu mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menarik kembali sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak tahu apa yang dibincangkan mereka tetapi saya pernah berkhidmat di bawah Dr Mahathir sebelum ini, dan sekarang di bawah Najib. Saya sangat mengenali mereka. Berikan Najib peluang lakukan perubahan untuk memajukan negara. Malaysia perlu lebih kompetitif. Masa sudah berubah, ia memerlukan masa untuk melakukan perubahan,” katanya.

Beliau menghormati pandangan Dr Mahathir tersebut dan menjemput bekas perdana menteri itu untuk berjumpanya sendiri dan pemimpin kanan Umno lain bagi menyuarakan kebimbangannnya.

“Saya tahu apa juga kritikan yang dibuat beliau adalah kerana cintakan Malaysia. Tetapi saya harap beliau tidak melakukan perkara ini secara terbuka. Kita boleh berbincang dan selesaikan di kalangan kita,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .