» » Kilafairy seronok jumpa saudara-mara di Hari Raya 2014


Pelakon Kilafairy semakin sibuk di lokasi penggambaran. Sebab itu bila dapat peluang balik kampung musim raya ini dia sangat teruja. Itulah masa berehat sambil bertemu keluarga.

Seperti biasa dia akan beraya di kampung ibu, Rohana Jalil di Kota Tinggi, Johor dan juga ke Jertih, Terengganu sebelah bapanya pula.

“Saya seronok balik kampung sebab dapat melawat saudara mara yang dah lama tak jumpa. Saya sering habiskan masa bersama sepupu saya di kampung.


“Pada masa inilah kami dapat bersembang dan bercerita perkembangan terkini masing-masing,” kata Kilafairy kepada Kosmo.

Selera Kilafairy pada musim raya ini nampaknya terarah kepada masakan Johor. Dia suka juadah laksa Johor pada hari raya.

“Saya belajar juga cara membuat laksa Johor. Setakat ini laksa Johor masakan ibu saya yang paling enak saya makan,” kiata Kilafairy lagi.


Kilafairy ni anak bongsu Rohana Jalil. Kalau nak tahu, Kila masih dapat duit raya daripada ayah dan ibunya. Maklumlah dia masih bujang.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .