» » 'Jangan Cepat Putus Asa'


Pelakon Lisa Surihani seorang yang sangat percaya pada rezeki. Sepanjang dia bergelar artis, dia tidak pernah merasa kecewa sekiranya rezeki dalam industri ini tidak berpihak kepadanya.

Prinsipnya hanya satu iaitu jangan mudah berputus asa kerana baginya bidang lakonan ini bukanlah satu perkara yang mudah. Persediaan dari segi mental dan fizikal itu sangat penting.

“Saya sangat sayangkan industri ini. Saya juga seorang yang sangat passionate dalam melakukan sesuatu perkara kerana inilah pekerjaan saya. Walau susah manapun cabaran dan dugaan yang perlu saya hadapi, saya tetap percaya pada rezeki.

“Buat apa kita rasa nak kecewa sekiranya tiada rezeki dalam sesuatu perkara. Kita kena ingat rezeki itu ada di mana-mana dan mungkin rezeki kita berada di tempat lain.


“Jangan cepat melatah dan jangan mudah berputus asa. Hidup ini perlu diteruskan. Kalau nak diikutkan, industri lakonan cabarannya sangattough. Kalau masalah kecil pun kita nak undur diri, bagaimana kita nak harungi cabaran lain yang akan datang?” tegas Lisa.

Dia juga turut memberitahu bahawa mereka yang hanya mengejar populariti semata-mata dalam industri ini seharusnya bersedia untuk menjadi artis yang dikenali dalam masa yang singkat.

“Niat yang betul sangat penting dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Apa yang dirancangkan mestilah selari dengan perbuatan kita. Kalau masuk dalam industri ini semata-mata untuk glamour, bersedialah untuk dikenali dalam tempoh yang singkat.

“Nasihat saya pada mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang ini, ubahlah niat itu. Jangan terus tenggelam dan leka mengejar populariti. Perancangan masa depan perlu ada kerana kita tidak semestinya terus kekal dalam industri ini.

“Jadilah seorang artis yang dikenali dari segi bakatnya kerana itu membuatkan orang lebih mengingati dan menghargai bakat kita. Apa yang penting adalah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar impian,” ujar Lisa.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .