Penyanyi Hunny Madu berasa lebih bebas selepas meninggalkan kerjayanya sebagai deejay radio Fly FM pada Disember tahun lalu.
Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 29, berkata, rasa bebas yang dimaksudkan itu adalah dia kini lebih banyak terdedah dengan pelbagai jenis muzik berbanding ketika bekerja di radio yang hanya fokus terhadap muzik-muzik tertentu sahaja.
"Alhamdulillah saya tidak menyesal dengan keputusan meninggalkan kerjaya di bidang radio. Sudah enam bulan tidak bergelar deejay saya rasa bebas dalam mengeksplorasi muzik-muzik yang ada.
"Malah saya turut belajar banyak muzik baru tanpa sedar. Ia sangat berbeza ketika bergelar deejay dahulu yang hanya tertumpu pada muzik-muzik komersial sahaja," katanya .
Sementara itu, kata Hunny dia kini memberi fokus sepenuhnya terhadap bidang nyanyiannya selain menjadi penerbit bagi syarikat produksi milik keluarga iaitu MTertain Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.
Katanya, MTertain menyediakan perhidmatan program untuk stesen-stesen televisyen dan antara program yang pernah diterbitkan ialah Raikan Cinta danDestinasi Ria.
Dalam perkembangan lain, Hunny kini sedang sibuk mempromosikan single lagu baharu iaitu Go Hard Or Go Stan berduet dengan anak penyanyi Jazz lagenda tanah air, Shiela Majid iaitu Kayda Aziz.
"Setakat ini kami masih lagi sibuk dengan kerja-kerja promosi dan Alhamdulillah, beberapa stesen radio sudah mula memutarkan lagu kami," ujarnya.
No comments: