» » Raya bujang terakhir Erin Malek


Oktober nanti pelakon muda Erin Malek akan mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki pilihan Farriz Fauzi. Raya ini jadi kenangan paling manis buat Erin yang beraya sebagai anak bujang.

Sebab itu Erin, 20, beraya sepuas-puasnya dengan membawakan watak anak-anak. Erin masih mengumpul duit raya daripada keluarganya. Tahun depan bila dah bergelar isteri orang dah tak boleh nak mintak duit raya lagi.


“Kali ini Erin tak lepaskan peluang kutip duit raya dari pak cik dan mak cik. Raya tahun depan dan tak boleh dah. Erin dah pesan awal-awal suruh mereka sediakan duit raya,” kata Erin kepada URTV.

Dia juga sempat beraya bersama tunang. Setelah beraya di Kelantan dan Pahang, Farris kini dan kembali semula ke Kuala Lumpur. Sempatlah bertandang ke rumah keluarganya di Ampang, Selangor.

Erin juga masih berehat daripada lakonan sejak bulan puasa lagi. Kini dia sibuk pula membuat persiapan perkahwinan Oktober nanti. Namun minatnya dalam lakonan masih ada dan dia juga mendapat restu untuk terus berlakon.

“Ada juga yang kata,selepas ini karier saya dalam lakonan akan jatuh. Tapi saya percaya kepada rezeki Allah, kalau ada rezeki ia tidak akan ke mana -mana,” kata Erin.


Dia juga ada berkira-kira untuk membuka perniagaan baru selepas berkahwin nanti, tetapi perkara itu tidak diutamakan lagi sebaliknya dia mahu menyudahkan satu persatu kerja. Kini tumpuannya kepada persiapan perkahwinan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .