» » Ayu Raudhah Akui Selebriti Ada Kelebihan Dalam Berniaga


Pelakon Ayu Raudhah mengakui bahawa kalangan artis Malaysia yang berniaga agak mudah untuk memperkenalkan produk mereka.

Dia yang kini sibuk dengan perniagaan tudung bersama kakaknya Rozita Che Wan, meluahkan rasa syukur kerana penerimaan orang ramai terhadap produknya cukup menggalakkan.

“Alhamdulillah, perniagaan saya mendapat sambutan dan feedback yang baik dari peminat. Sambutan amat menggalakkan lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan.

“Memang tidak dinafikan bagi kalangan selebriti yang berniaga agak mudah untuk memperkenalkan produk. Ini kerana masing-masing mempunyai pengikut dan peminat tersendiri.


“Walaupun nampak mudah tetapi untuk mengekalkan perniagaan agar terus diterima pelanggan sememangnya agak sukar. Kita perlu berikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat Laugh Out Loud di Binjai 8 semalam.

Dalam pada itu, dia bersama kakaknya, Rozita Che Wan yang lebih dikenali sebagai Che Ta, memperkembangkan lagi perniagaan mereka dengan menjual jubah. Rekaan jubah adalah sepenuhnya dari mereka berdua.

Perniagaannya yang semakin maju pernah membuatkan dia terfikir untuk meninggalkan dunia lakonan dan mengembangkan lagi empayar perniagaan.

” Memang saya pernah terfikir untuk berhenti berlakon dan fokus dalam bisnes dan keluarga. Suami saya pula tidak kisah dan menyokong apa jua perkara yang saya lakukan.

” Sekarang ini pun saya berhenti berlakon untuk sementara waktu kerana anak saya baru sahaja berusia 3 bulan dan dia menyusu badan sepenuhnya.


“Kalau ada penggambaran memang susah nak tinggalkan dia. Saya tidak selesa bawa anak di set penggambaran. Kerana itulah saya belum bersedia lagi untuk berlakon semula,” ujarnya

Dalam perkembangan lain, Ayu kini sibuk mempromosikan filem tebarunya Lagenda Budak Setan 3 yang akan berada di pawagam 11 September ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .