» » Sheera teruja rakam lagu merdeka


Pelakon Sheera Iskandar tidak pernah menyangka dapat peluang merakam suara. Lebih membuat dia sendiri rasa janggal, bila suaranya digunakan untuk lagu kempen pasal kemerdekaan.

Sheera merakam lagu Cintakan Merdeka bersama rapper dan juga komposer lagu tersebut Doul. Dia juga sudah selesai menjalani penggambaran klip video lagu tersebut yang bakal ditayangan di TV bila-bila masa.

“Saya ni bukan penyanyi, tapi memanglah saya juga ada minat menyanyi. Sebenarnya ramai yang suka menyanyi sebab itulah pusat karaoke sentiasa dipenuhi pengunjung. Saya salah seorang daripada yang suka menyanyi tu lah.

“Saya akui sangat teruja kerana dapat menyanyikan lagu merdeka. Saya sendiri sebenarnya masih tak percaya dengan apa yang saya buat ini. Saya ni memang pemalu.

“Malah semasa menjalani penggambaran klip video hari itu, ada yang bertanya suara siapa yang nyanyi ini? Saya malu nak memberitahu lagu itu menggunakan suara saya. Klip video tersebut melibatkan atlet negara dan juga artis lain,” kata Sheera kepada Mangga Online.

Sheera juga belum ada keyakinan untuk menyanyikan lagu tersebut secara langsung. Namun dia akan berlatih lebih giat untuk tambah yakin dan membuang rasa malu untuk menyanyi sekiranya perlu menyanyi secara langsung nanti.

“Saya sebenarnya berharap lagu ini akan menaikkan semangat cintakan negara dan cintakan kemerdekaan negara bila ia mula diperdengarkan nanti.

“Pada awalnya dia bercadang nak menyanyikan lagu raya cover version dan muatkan dalam youtube, tapi tak sangka pula dapat rakam lagu merdeka,” kata Sheera atau nama penuhnya Tengku Shahira Tengku Iskandar.

Sheera kini tampil dengan imej lebih manis bila bertudung. Dia sebenarnya mula mengenakan tudung sebelum Ramadan lalu lagi tapi tak mahu menghebahkannya. Bila menghadiri majlis barulah ada yang tahu dia kini bertudung.


“Sebenarnya saya tak suka nak cakap pasal isu bertudung ni, bukan apa… takut ada yang membuat tanggapan macam-macam bila kita cakap pasal sebab bertudung. Saya tak ada sebab tertentu pun sebaliknya mahu mengikut tuntutan wajib,” kata Sheera.

Dia juga masih berehat daripada berlakon. Anak dara pelakon Aznah Hamid itu mahu berehat sepanjang Syawal dan akan memikirkan tawaran berlakon selepas habis bulan Hari Raya Aidilfitri.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .