» » Aleeza Kasim belum sedia berlakon watak ibu


Pelakon dan model popular Aleeza Kassim dah lama tak muncul berlakon drama atau filem.

Kepada peminat yang tertunggu-tunggu penampilan terbarunya, ada berita gembira sebab dia akan muncul dalam sebuah filem baru.

“Saya akan memulakan penggambaran filem baru bulan depan bersama pengarah Aziz M. Osman.

Saya bukan pegang watak utama sebaliknya watak sebagai isteri,” kata Aleeza semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Jamu Mak Dara di Kuala Lumpur malam tadi.

Aleeza mengaku banyak kali menolak tawaran berlakon kerana berasa watak yang ditawarkan tak sesuai.


“Ada yang tawar watak jadi ibu… saya tolak sebab saya tak retilah kerana saya ni tak pernah jadi ibu,” kata Aleeza.

Dia bimbang nampak kekok kalau cuba berlakon jadi ibu nanti. Tapi kalau watak kakak kepada watak utama dia tak kisah.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .