» » Zara Zya ditempah untuk balik beraya


Tahun-tahun sebelum ini nama Zara Zya tidak dikenali sangat walaupun dia sebenarnya dah sepuluh tahun berlakon. Bila balik beraya pun macam gadis bandar balik ke kampung untuk beraya sahaja sambutannya.

Tapi kali ini ada yang dah menempahnya awal-awal untuk memeriahkan raya. Menempah Zara? Macam mana tu? Boleh ke tempah orang untuk beraya bersama?

Sebenarnya saudara maranya berharap sangat Zara akan balik beraya di kampung neneknya bagi memeriahkan lagi suasana. Maklumlah Zara kini bergelar pelakon popular gara-gara dramaLove You Mr. Arrogant yang mendapat sambutan hangat.


Love You Mr. Arrogant Raya akan disiarkan pada malam menjelang ari raya nanti di TV3. Kepada peminat Zara jangan lupa menontonnya sambil membuat persiapan akhir raya.

“Tahun ini menjadi tahun pertama saya dikenali ramai sebagai pelakon. Saudara mara pun minta saya balik kampung sebab nak sambut raya bersama-sama.

“Dulu-dulu waktu saya sekadar pelakon biasa-biasa, tak ramai yang kenal dan tak peduli pun… jadi tahun ini rasanya sambutan tu berlainanlah sikit,” kata Zara Zya kepada URTV.

Namun dia selesa dengan keadaan itu dan mahu memuaskan hati saudara-maranya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Dia akan beraya di kampung ibunya di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

Namun pada hari raya pertama yang dijangka Isnin ini dia dan keluarga akan beraya di Shah Alam dahulu. Hari raya kedua barulah bertolak ke Pahang.


Zara juga dah menyediakan duit raya yang lebih untuk diagihkan kepada kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya nanti.

Sepanjang Ramadan, Zara tidak menerima tawaran berlakon kerana mahu berehat. Kesempatan itu digunakan untuk membuat kuih raya dan dijual di laman sosial. Dia juga menyerti Bazar Ramadan yang mengumoulkan artis berniaga.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .