» » Ramadan 2014 bawa berkat


Bulan puasa ini sejuk hati bila seorang demi seorang artis popular mahu berhijrah dan tampil dengan imej baru bertudung penuh.

Neelofa, Fara Fauzana dah umumkan mereka kini bertudung sepenuhnya. Datin Paduka Umie Aida juga dah ambil keputusan bertudung. Ayu sungguh mereka mereka ini bila tampil bertudung.

Ada juga gambar Ziana Zain yang memuatkan imej dirinya bertudung dalam laman sosial Instagram.

Dengarnya Ziana dalam proses mencuba-cuba. Dia juga pernah berkata akan bertudung suatu hari nanti tapi tidak dinyatakan bila masanya.

Pelakon muda Ana Dahlia juga dah ambil keputusan bertudung dengan mengambil berkat bukan puasa.

Imej Ana bertudung dahlama kita lihat sebab banyak juga lakonannya membawakan watak wanita bertudung. Jadi Ana tak lah nampak kekok bila bertudung.


Ana yang disebut-sebut bakal menamatkan alam solo dengan seorang lelaki, Ubaidah Zulkiflee kerap memuatnaik gambar dalam Instagram bersama-sama lelaki itu.

Apakah hari bahagia mereka sudah dekat? Itu Cik Tina tak berani nak jawablah. Hanya tuan badan yang tahu apakah perancangan mereka.

Umie Aida memang sudah kerap memuatnaik gambar bertudung dalam laman sosial peribadi. Dia yang kerap mengikuti kelas agama itu terbuka hati untuk berhijap sepenuhnya Ramadan ini.

Bila hadir ke majlis agama atau kematian, Umie kerap mengenakan busana menutup aurat.

Bila dia muncul di khalayak ramai dengan berhijab penuh, sahlah pelakon itu dah bertukar imej.

Umie sendiri dah memberitahu media yang dia sudah bertukar imej sempena mengambil berkat bulan Ramadan yang mulia ini.

Dulu bila bertudung, artis akan mengurangkan aktiviti kerana semakin kurang tawaran berlakon. Kini semakin banyak watak wanita bertudung ditampilkan dalam drama atau filem, jadi masih ada banyak watak yang sesuai dengan mereka.

Penyanyi bertudung juga semakin ramai hari ini. Malah yang sedia bertudung sebelum jadi penyanyi pun ramai yang dapat tempat.


Imej bertudung bukanlah menjadi alasan membataskan aktiviti. Malah Yuna juga berjaya mendapat tempat di Amerika dengan imej bertudung sejak awal kemunculan.

Datuk Siti Nurhaliza pun semakin aktif menyanyi walaupun kini dah bertudung. Ramai lagi artis yang tetap aktif setelah bertudung antaranya Deja Moss, Noorkhiriah, Ziela Jalil, Erma Fatima, Alyah, Siti Nordiana dan lain-lain.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .