» » Hijau Pilihan Lisa Dan Yusry Di Pagi Syawal 2014


Menjadi perkara wajib buat Lisa Surihani untuk menguruskan persiapan raya buat keluarga dan suaminya, Yusry Halim.

Raya kali ini, Lisa memilih tema hijau sedondon dengan Yusry. Manakala persiapan baju raya untuk keluarganya pula, dia memilih tema biru muda.

“Persiapan raya pada setiap tahun adalah sama. Saya yang menguruskan pakaian raya untuk Yusry serta Mummy dan adik-beradik saya. Tahun ini, warna hijau gelap menjadi pilihan saya dan suami manakala keluarga pula warna tema mereka adalah biru muda.

“Saya memilih biru muda untuk Mummy dan adik-beradik kerana saya suka warna lembut. Warna itu nampak cantik jika di pakai sedondon,” ujar Lisa.


Selain itu, pelakon berusia 28 tahun ini turut memberitahu bahawa tiada aktiviti menghias rumah untuk raya kali ini kerana suaminya, Yusry lebih selesa dengan keadaan dekorasi rumah mereka yang asal.

“Saya memang tidak kacau dengan dekorasi rumah kerana Yusry tidak suka. Dia lebih suka melihat dekorasi seperti sedia ada. Sebagai seorang isteri saya akur dengan permintaannya,” kata Lisa.

Tidak lengkap Hari Raya jika tiada menu wajib kegemaran masyarakat Melayu. Menu wajib Lisa dan keluarga adalah Pulut Kuning bersama Rendang .


“Selepas sembahyang raya, menu utama kami sekeluarga adalah Pulut Kuning bersama Rendang. Itu merupakan tradisi yang dimulakan oleh arwah Daddy saya. Walaupun arwah Daddy saya sudah lama meninggalkan kami, tradisi itu mesti diteruskan. Tradisi itulah antara kenangan arwah Daddy bersama kami.

“Selain itu, saya sangat suka Beriani ala Arab Mummy! Menu itu kami hanya dapat merasa di Hari Raya sahaja,” tambahnya lagi.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .