» » Tiz Zaqyah Raya Di Kampung


Ke mana agaknya pelakon pujaan ramai akan beraya? Mereka juga ada saudara mara di kampung. Pelakon Tiz Zaqyah sentiasa balik kampung untuk beraya.

Seperti lazimnya tahun ini pun Tiz akan beraya di rumah keluarga sebelah ibunya di Raub, Pahang dan Simpang Ampat, Melaka.

Dia dan keluarga yang menetap di Kuala Lumpur juga tidak lupa singgah di kampung keluarga sebelah ayah di Rembau, Negeri Sembilan.

Sementara itu Tiz bakal muncul dalam drama 13 episod, Seludup ilham Jehan Miskin hujung tahun ini. Dia sempat menghabiskan kerja beberapa hari sahaja penggambaran dalam bulan Ramadan ini.


“Jadual penggambaran yang membabitkan karakter saya dalam Seludup semasa Ramadan ini tidak banyak. Cuma sekitar dua atau tiga hari sahaja. Jadi bolehlah saya bercuti panjang sehingga Hari Raya,” ujarnya yang akan memegang watak utama drama tersebut di samping Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Raja Ilya, Namron dan Syafie Naswip.

“Cuti ini, saya hendak duduk dan serius melakarkan arah tuju saya untuk masa hadapan. Mungkin saya akan menceburi bidang perniagaan. Tetapi saya masih belum pasti cabang bisnes apa yang akan saya ceburi.

“Apa yang pasti, saya akan memulakan perniagaan dengan kawan-kawan saya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini,” jelas Tiz yang tidak menolak kemungkinan akan cuba menjadi seorang pengarah drama atau filem, suatu hari nanti.

Tiz juga tidak mahu berterusan terikat dengan watak-watak dalam filem cinta sahaja. Kalau ada peluang, saya teringin melakonkan watak-watak yang lebih serius terutamanya berdasarkan kisah benar.


“Saya kagumi lakonan Meryl Streep dalam filem The Iron Lady. Begitu juga lakonan Angelina Jolie menerusi filem A Mighty Heart dan Changeling,” kata Tiz.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .