“Waktu saya lebih lapang di bulan puasa. Saya lebih banyak melakukan ibadah bersama keluarga dan suami. Tambahan pula rumah saya berhampiran dengan surau. Ini memudahkan kami sekeluarga menunaikan solat tarawih di sana.
“Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, saya sibuk dengan penggambaran. Tetapi untuk tahun ini, saya tidak terikat dengan sebarang aktiviti lakonan.
“Bagi saya Ramadan kali ini amat istimewa kerana mempunyai banyak masa terluang menunaikan ibadah bersama keluarga.
“Perasaannya berbeza jika solat tarawih berjemaah bersama keluarga dengan solat bersendirian,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro semalam.
Tumpang gembira dengan perubahan imej Neelofa
Pastinya ramai yang sudah mengetahui tentang penampilan baru Neelofa. Selaku rakan artis, Lisa Surihani turut berasa gembira dengan perubahan imej Neelofa yang kini sudah berhijab.
“Dia kelihatan sangat cantik berhijab dan saya tumpang gembira dengan penampilannya yang terbaru. Bagi saya, apa jua niat Neelofa di sebalik kenapa dia berhijab adalah antara dia dengan Allah S.W.T.
“Kita sebagai hamba Allah tidak berhak langsung mempersoalkan niatnya. Saya berharap agar dia tabah dengan tanggapan orang ramai mengenai imejnya.
“Secara jujur saya ada mendengar temu ramah Neelofa bersama radio IKIM FM mengenai kisahnya dan I am very happy for her,” ujarnya.
Bertanyakan mengenai mungkinkah dia akan mengikut jejak langkah Neelofa, dia berkata: ” Bagi saya mengenakan hijab adalah sangat personal. Tipulah kalau saya tidak pernah terfikir mengenainya.
“Apa yang boleh saya katakan, ianya sangat personal. Saya berharap agar orang ramai di luar sana mendoakan yang terbaik untuk saya.”
sumber
sumber
No comments: