» » Anzalna puasa sendiri, raya di London


Tahun ini pelakon cantik Anzalna Nasir ditinggalkan keluarga. Dia terpaaksa berpuasa sendiri kerana famili berpindah ke London kerana mengikuti bapanya yang bertugas di kota metropolitan itu sejak Septembar tahun lalu.

Dia tak dapat nak berpuasa bersama keluarga kerana banyak komitmen pasal kerja. Walaupun mencabar diri berpuasa tanpa famili, namun Anzalna tabahkan diri laluinya.

“Inilah kali pertama saya berpuasa tanpa kedua ibu bapa yang berhijrah ke London kerana bapa bekerja di sana. Saya tabahkan hati laluinya. Walaupun agak sukar tapi saya dapat laluinya.


“Insya-Allah sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri saya akan terbang ke London untuk beraya bersama keluarga.

“Saya juga ambil peluang bercuti bersama keluarga dan adik-beradik di London selama tiga minggu. Kiranya selepas beraya saya berehat panjang dan menenangkan fikiran,” kata Anzalna.

Sementara itu dia merancang menamatkan alam solo tahun hadapan. Pada awalnya dia dan teman lelaki, Hanif merancang menyelesaikan tahun ini tapi dek kerana masing-masing sibuk dengan kerja, perancangan ditangguh ke tahun depan.


“Insya-Allah, saya tak mahu berselindung, kalau ada rezeki kami akan kahwin tahun depan,” ujarnya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .