Raden percaya ramai yang akan bersetuju dengan pandangan Raden bahawa bukan senang nak jadi wanita. Apabila badan kurus kering, ada yang kata suami tak bagi cukup makan. Kalau badan gemuk-bulat-montel sehingga hilang segala lekuk-lekuk yang menggiurkan, suami pula sibuk cari yang lain. Entahlah! Mungkin kita kena ikut pesanan penyanyi dangdut yang cukup terkenal sekitar 90-an, Iwan, dengan frasa lagunya yang berbunyi, “Yang sedang-sedang saja”. Mungkin betul, sementelahan dalam apa jua keadaan kita perlu bersederhana. Yalah, kalau badan dah kurus macam papan lapis atau lurus macam tiang gol, manalah suami selera nak memandang.
Tiada lekuk-lekuk menggiurkan yang boleh diimaginasikan dalam kotak fikirannya. Bukan kita tak tahu, imaginasi lelaki terhadap bentuk tubuh wanita sememangnya cukup tinggi. Kalau pun tak dapat, berangan pun sudah cukup. Tubuh isteri yang gedempol pula membuat suami tidak terangsang untuk ‘bersama’, selain kamu tiada tenaga, juga membuatkan dunia imaginasi si suami tumpul tidak bermakna kala kamu berdua beradu tenaga. Meminjam kata-kata kakak kepada teman Raden,
“Bentuk tubuh kita sememangnya mempengaruhi kehidupan seks bersama suami.” Semua diceritakan berdasarkan pengalamannya sendiri.
Saya: Dah berapa lama kakak berkahwin? Dan macam mana pula kakak boleh katakana kerana bentuk badan rumahtangga kakak bergoncang?
Dia: Dah lebih 15 tahun kami berkahwin. Mula-mula dulu hubungan intim kami suam-suam kuku je, maklumlah masingmasing tak ada pengalaman, suami main redah saja. Lantaran tidak pernah merasa nikmat sebenar kala ‘bersama’ membuatkan layanan saya terhadap suami acuh tak acuh sahaja. Kemudian badai pun melanda. Namun, Alhamdulillah rumahtangga kami bahagia dan kisah asmara kami semakin hangat berapi sejak akhir-akhir ini.
Saya: Apa yang kakak buat? Boleh kongsi?
Dia: Masa muda dulu badan kakak kurus melidi. Tapi kakak tak tahu pun yang suami tak suka. Selepas melahirkan anak, berat badan kakak mulai bertambah, payudara Nampak lebih montok, punggung melebar dan ini membuatkan pinggang kakak nampak lebih ramping walhal ukuran pinggang tetap sama ketika zaman anak dara dulu.
Saya: Reaksi suami?
Dia: Apalagi sukalah dia. Setiap kali dia pandang tubuh kakak yang berpotongan ala ala gitar ni, gelojak asmara semakin membuakbuak. Dan ini membuatkan hubungan intim kami menjadi semakin hangat. Kami lebih banyak ‘bersama’ jika dibandingkan ketika baru berkahwin dulu. Suami selalu memujimuji kehebatan kakak kala di ranjang. Seronok bukan kepalang ketika itu, maklumlah kami sama-sama rasa puas.
Saya: Habis tu, macam mana rumahtangga kakak boleh bergolak?
Dia: Ini berlaku selepas kakak melahirkan anak kedua. Dan seperti sebelumnya, berat badan kakak bertambah sehinggalah lekuklekuk yang pernah menggiurkan hati suami hilang tiada bentuknya. Badan kakak dah jadi macam tong drum, mengembang dan lurus tanpa potongan, macam mana suami nak suka? Sesi asmara kami yang sebelum ini hangat berapi turut terkena tempiasnya. Suami dah jarang-jarang mengajak untuk berasmara. Minatnya tiba-tiba merudum. Mulalah dia cari alasan untuk ‘mengintai’ wanita lain. Katanya, nak cuci mata. Tapi kakak takut nanti suami yang berubah hati.
Saya: Lepas itu, apa yang kakak buat?
Dia: Apalagi, kakak terus daftarkan diri di pusat kecergasan. Sebab kakak mahukan bentuk badan yang boleh memikat hati suami supaya dia tidak beralih kepada perempuan lain. Biarpun seksa nak turunkan berat badan, tapi kakak tak pernah putus asa. Berkat keazaman yang tinggi, akhirnya kakak dapat bentuk badan seperti hari ini. Dan yang paling penting, kakak dapat memikat semula ‘selera’ suami.
Saya: Kini kakak menemui kembali kebahagiaan dalam hidup berumahtangga?
Dia: Oh! Sudah tentu. Hati suami sudah ‘diikat’ semula dan kakak pastikan dia tidak akan tergiur kepada wanita lain. Kata suami, dia memang cukup suka nak membayangkan yang indah-indah kala kami ‘bertempur’ di ranjang. Bentuk badan yang cantik berlekuk lebih merangsang gelora asmaranya untuk berjuang lebih lama, tambahan pula kalau badan kita fit, tentu kita pun ada banyak tenaga ...
sumber
No comments: