» » Raya Tahun Ini Paling Istimewa Bagi Erra Fazira


Putar semula ke meja editorial, mencari nama untuk sampul hadapan isu lebaran sekali lagi bikin kami pusing. Nama pilihan A kami rupanya punya temu janji sama enam sampul majalah lain, maka we decided to reshuffle dan olah semula. Kala itu terlihat cetakan sampul depan isu Mei 2013, itu terakhir kalinya Erra menjadi sampul depan bergabung sama tujuh diva lain. Cantik, indah peribadi dan baik budi pekerti, namun is she unlucky in love? Kami tidak setuju, Erra bukanlah wanita lemah yang serahkan segalanya pada takdir, she knows where she is going dan tidak tersasar mencari bullseye. “Ya, she is the right pick sebagai sampul depan Aidilfitri ini, kali pertama beraya sebagai ibu tunggal dan rasmi telah berpisah. Dahulu bersilih kampung, kini mereka bergilir anak,” bilang Editor Kecantikan kala kami memaku nama Erra untuk isu kali ini.

Bisa berbicara fasal perpisahan sama Engku Emran?

Ia bukanlah satu rahsia lagi, rasanya semua yang mahu tahu sudahpun tahu yang kami bukan lagi suami isteri. Seperti orang lain, Erra juga manusia normal yang melalui penceraian dalam mencari sebuah kebahagiaan. Ia bukan jalan yang mudah untuk kami semua dan keputusan tidak hanya dibuat dalam masa sebulan atau dua, malahan bukan juga setahun. Erra sudah matang untuk tahu apa yang bisa dikongsi dan apa yang lebih elok ditutup erat daripada telinga-telinga luar. Malahan ini adalah perpisahan kedua Erra. Kali ini tidak semudah yang dahulu kerana ia hadir sama Aleesya yang kini semakin bijak dan tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Erra beri keputusan walau apa pun yang terjadi antara Erra dan Emran, Alessye must and will always be our priority dan kebahagiaannya adalah yang paling utama.

Kerana itu masih lagi akrab?

Rapat kami untuk Aleesya, mesra kamiuntuk menjaga dunianya biar kekal indah. Mesra tidak semestinya rujuk bukan? Erra berterima kasih untuk doa-doa mereka di luar sana yang sentiasa berdoa yang baik-baik untuk Erra, Emran dan Aleesya. Itu satu niat yang murni namun usahlah letak tekanan kepada kami untuk kekal bersama hanya kerana kami mesra kala bersama. Erra rasa both of us are matured enough untuk sentiasa kekal positif dan berbaik antara satu sama lain untuk kebahagiaan masa hadapan. Sama ada rujuk, jodoh dan sebagainya bukanlah di tangan kita. Ia hal Tuhan yang harus kita biar dan tidak persoalkan.


Erra sendiri mencari kebahagiaan yang bagaimana?
Dari kita dilahirkan, di bangku sekolah hingga ke akhir hayat nanti, apa yang paling utama kepada kita adalah mencari rasa bahagia itu. We will always strive for happiness. Kalau ada yang datang mengetuk pintu hati ini dan it decided to open it, mengapa tidak? At the end of the day kita hanya hidup di dunia ini sekali sahaja, maka carilah kebahagiaan itu.

Erra cukup kuat, tidak Nampak jatuhnya air mata?

I prefer not to share that part of my pain. Ia terlalu peribadi untuk Erra kongsikan sama semua, I try to be strong dan sentiasa dikelilingi oleh mereka yang kuat. Erra perlukan tenaga mereka untuk kekal bionic dan menjawab hari-hari yang bakal tiba. Namun I am only human, ada masanya Erra juga lemah dan lelah dan jatuh tersungkur tetapi we have to stand up and get up on that horse and ride again. Just ride till the pain floats away. Caranya adalah sentiasa berdoa dan biarkan diri sentiasa sama mereka yang positif. Insya-Allah, Tuhan akan sentiasa membimbing kita untuk berjuang dalam perjalanan hidup ini. Kepada mereka yang punya teman, keluarga atau sesiapa sahaja yang sedang berada di tempat Erra, be strong for us, dan lalui keperitan ini bersama-sama.

Switching gears, Aidilfitri pertama sebagai ibu tunggal?

Secara rasminya ini adalah my first Raya bukan sebagai isteri, namun tahun sebelum ini kami sudah pun bergilir jadual bawa pulang Aleesya ke kampung Erra mahupun Emran. Tahun ini Aleesya akan beraya sama Erra, jadi mahu puas beraya bersamanya. Kalau dahulu Erra tidak bias beraya di mana-mana kerana risau dan rimas akan soalan orang fasal Emran, namun tahun ini pasti berbeza kerana mereka sudah tahu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .