» » Hijrah Farah Fauzana


Kala Najeeb leka menata mata Fara, I decided untuk duduk di sisi dan mulakan wawancara, tidak mahu ambil masa terlalu lama untuk bertemu di kemudian hari. Maka kami berbual ringkas, kadangkala bergelak ketawa dan kadangkala lebih serius dan dominan. Wanita berbintang Aquarius ini punya pemikiran yang geliga dan tidak satu dimensi. “Is Fara Fauzana in love?” Soal saya.

Fara menjawab,“Bisa tidak kita rephrase soalan itu, terlalu ramai yang bikin konklusi Fara berhijrah kerana mahu bernikah, namun tidak. Yes, I am in love, dari dahulu Fara sudah mencintainya, namun kini Fara jatuh sayang semula kepadanya. Fara sedang sayangkan Allah, cintakan-Nya dan mahu menjadi yang terbaik untuk-Nya,” jawab Fara lantas matanya mula berkaca ikhlas, studio menjadi sunyi dan jauh di sudut hati ini punya sedikit rasa tersentuh. Siapa sangka wanita besi ini bisa menitiskan air matanya apabila berbicara fasal cintanya kepada Ilahi. Subhanallah, ia satu momen yang terlalu precious untuk Fara kongsikan kepada kami. Selepas tamat sesi rakaman, Syed Faizal mengirimkan ucapan terima kasih daripada Fara, dengan harapan agar penulisan ini tidak menunjukkan sebarang rasa riak mahupun meninggi diri. Sejujurnya kami doakan yang paling baik untuk kalian, insya-Allah.

Bila Fara mula berhijab?
Buat masa ini Fara masih lagi belum berhijab sempurna, baru mula berselendang dan berturban. Doakan Fara agar sampai ke sana. Ia datang secara cukup tiba-tiba, Fara sarungkan selendang untuk kali pertama dan pasca itu I decided to not take it off, Fara mula mengolah pakaian dan imej Fara agar lebih sajak sama selendang yang Fara sarungkan. Kadangkala kalau ke acara, Fara akan berturban untuk gaya berbeza, namun kini Fara sangat selesa berselendang dan mahu berubah gradually dan perlahan-lahan. Mahu perubahan ini ikhlas dan Fara buat kerana Allah dan diri sendiri dan bukan atas desakan manusia. Setiap hari Fara berdoa agar hari itu datang sepantas mungkin.


Di mana Fara lihat diri sendiri selepas 10 tahun?
Fara mahu mendidik dan memberi kembali kepada masyarakat. Fara sentiasa dapat sokongan daripada orang ramai, jadi mahu pulangkan semula to the community dalam ajnas cara, terutamanya untuk remaja yang bersungguh-sungguh mahu memasuki jurusan Media Massa kerana mahu mendapat tugasan seperti Fara. Kita tidak perlu menjadi pelajar Mass Communication untuk menjadi seperti Fara, kalau kita bekerja keras dan sentiasa ikhlas, Insya- Allah pasti membawa kepada cita-cita kita.

Masih aktif dalam dunia hiburan?
In ten years? Mungkin waktu itu Fara tidak bekerja lagi, namun siapa tahu bukan? Sekadar tugasan sampingan dan atas jemputan sahaja. Namun Fara rasa I will probably still be around dan sentiasa beri semula kepada industri ini, namun mungkin bukanlah sebagai mata pencarian utama. Ramai yang kadang-kadang terlupa bahawa Fara kini sudah berusia 34 tahun, bukan lagi anak muda yang masih terkial-kila mencari ruang, I have worked in this industry for years dan telah banyak belajar daripadanya. Mungkin kerana Fara sering tonjolkan imej yang lebih jovial dan menyeronokkan. I am comfortable with my age and where I am now, itu yang penting untuk sentiasa rasa selesa in your own skin. Fara kini lebih yakin untuk lakukan perkara untuk diri sendiri. Dahulu minda ini selalu risaukan cakap-cakap orang dan segalanya yang tidak menyelesakan, but I know time is our enemy, maka kita harus sambut ia dengan tangan yang sentiasa terbuka dan bersedia. Teringat pesan Sharifah Aleya untuk Fara, “Kak, you are 34, whatever it is that your heart wants to do, just grab it dan usah peduli apa bilang orang...”

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .