» » Israel sambung operasi tidak berperikemanusiaannya di Gaza


Tentera Israel meneruskan serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas bumi Gaza menerusi darat, laut dan udara sekaligus menamatkan gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam yang dicapainya dengan pergerakan Hamas.

Alasan yang diberikan, adalah Hamas didakwa berterusan melancarkan serangan roket sewaktu berlangsungnya gencatan senjata itu, kata tentera Yahudi dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Menurut wartawan AFP, sejurus kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap tentera rejim Peter Lerner menerusi Twitter itu, beberapa letupan dapat didengar di Gaza termasuk di bahagian timur wilayah Palestin itu.

Pengumuman itu dibuat selepas 10 jam kabinet rejim mengundi meluluskan lanjutan gencatan senjata untuk 24 jam.

Cadangan itu bagaimanapun telah ditolak Hamas yang berkata rejim tidak komited untuk mengundurkan tenteranya dari bumi Palestin.

Angka korban di pihak Palestin kini melebih seribu orang sejak serangan besar-besaran dilancarkan tentera Yahudi 8 Julai lalu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .