Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah sudah beberapa tahun menyambut Aidilfitri dengan menghiburkan orang ramai. Tahun ini pun dia akan segera bertugas sebaik selesai solat sunat Aidilfitri.
“Sudah beberapa tahun saya menghiburkan tetamu di rumah terbuka Perdana Menteri pada hari hara pertama. Ini dah menjadi kerja saya dan saya tak kisah.
“Tahun ini pun saya sudah diundang menghiburkan tetamu di rumah Perdana Menteri kita. Pada hari raya ramai tetamu yang ambil kesempatan beraya di rumah terbuka PM dan mereka akan dihiburkan juga oleh artis-artis jemputan termasuk saya,” kata Jamal.
Biasanya selepas tiga atau empat har barulah dia mencuri peluang untuk balik ke kampungnya di Ipoh, Perak untuk beraya bersama ibunya (ibu tiri).
Jamal juga akan muncul dalam beberapa program khas hari raya kali ini, antaranya sebuah program hiburan di RTM, Eksklusif Raya Datuk Jamal Abdillah yang turut menampilkan anaknya Osama Yamani sebagai penyanyi udangan.
“Saya nampak Osama mempunyai minat menyanyi dan saya membuka peluang kepadanya untuk mencuba. Kalau dia benar-bebar mahu jadi penyanyi pun saya tak halang, tapi sekarang ini dia kenalah belajar dulu sebab dia masih bersekolah,” katanya pasal anak sulung berusia 16 tahun itu.
sumber
No comments: