» » Siapa tunggu Indah (Izreen Azminda) di Kedah?


Populariti drama Kerana Terpaksa Aku Relakan membuatkan nama watak lakonan Izreen Azminda terus melekat dengan dirinya.

Ada yang memanggil Izreen dengan nama Indah, iaitu wataknya dalam drama slot Akasia di TV3 itu. Jangan tak tahu, ada orang menunggu Indah di kampungnya untuk beraya bersama-samanya. Siapa tu?

“Saya dapat tahu, orang kampung menunggu kepulangan Indah Harlina tau. Mereka selalu bertanya kepada ibu saya, bila Indah nak balik kampung. Happy sangat sebab watak itu berkesan di hati peminat,” kata Izreen kepada URTV.


Izreen akan balik beraya di kampung keluarganya di Jitra, Kedah pada hari raya pertama. Dia menunggu anaknya diserahkan oleh bekas suami. Sebelum itu anaknya, Adrian Umar bersama bapanya, jurugambar Riza Baharuddin.

Izreen akui kali ini sambutannya sepi sebab sudah tak ada suami di samping bila sambut raya. Tahun lalu dia beraya dalam pantang setelah melahirkan Adrian.


“Saya rindukan kenangan manis berhari raya bersama suami seperti mencium tangan suami, bermaaf-maafan dan membuat persiapan menyambut hari raya,” kata Izreen.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .