» » Fara Fauzana berkongsi rezeki


Pengacara Fara Fauzana dilihat antara pengacara yang mampu mengumpul harta melalui suaranya. Selain tugas hakiki sebagai deejay radio dan pengacara TV, dia juga dilantik sebagai duta beberapa produk.

Ada yang membuat andaian dia dah capai status jutawan. Namun kata Fara, banyak komitmennya daripada pendapatan yang diperolehi. Dia berkongsi rezeki dengan keluarga.

“Semua orang ingat Fafau ni kaya raya, tapi orang lupa yang saya punya tanggungjawab pada keluarga. Alhamdulillah dengan rezeki yang saya dapat itu, saya kongsikan dengan ibu bapa dan adik beradik.

“Alhamdulillah dengan pendapatan itu juga saya hantar adik saya belajar ke luar negara,” kata Fara kepada majalah Harmoni.

Walaupun mampu hidup senang sebagai pengacara, Fara tetap merendah diri. Malah dia masih lagi menggunakan kereta Kancil yang banyak jasa kepadanya semasa awal pembabitan dulu. Namun Fara sebenarnya memiliki kereta mewah jenama BMW.


Nampaknya sehingga kini Fara masih belum bertemu putera mengisi jiwa wanitanya. Bukan terlalu memilih tapi jodoh belum tiba.

“Ada kawan yang nak menjodohkan saya dengan orang itu dan orang ini, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana sebab soal hati ni boleh boleh dipaksa.

“Apa yang boleh saya katakan, biarlah takdir yang menemukan jodoh yang sesuai untuk saya,” jelasnya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .