» » Elfira raya selepas puasa enam


Hari ini pelakon Elfira Loy dan keluarganya sedang bercuti di Lombok, Indonesia. Mereka sekeluarga memilih percutian keluarga untuk menyambut hari raya.

Kunjungan hari raya akan dimulakan selepas kembali semula. Tambahan pula pada masa itu ahli keluarga sudah selesai ibadah puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

“Biasanya saudara mara saya gemar mengamalkan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal bermula hari raya kedua, jadi kalau saya mengunjung rumah mereka pada masa itu rasa macam tak meriah.


“Jadi selepas habis bercuti dan mereka sudah habis berpuasa, maka saya akan menziarahi dan berhari raya bersama-sama,” kata Elfira kepada Kosmo.

Sepanjang bercuti mereka sekeluarga akan menjadikannya peluang terbaik untuk merapatkan hubungan sesama keluarga.


Ini bukan kali pertama mereka beraya dengan bercuti. Dua tahun lepas dia dan keluarga ke Maldives untuk tujuan yang sama.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .